Meletakkan gambar digital di Internet

Semasa perayaan banyak gambar diambil menggunakan kamera digital atau telefon bimbit. Jangan biarkan gambar tersebut wujud didalam kamera digital sahaja. Kini anda boleh meletakkan gambar-gambar tersebut di Internet untuk dikongsikan kepada semua.

Terdapat banyak laman-laman web yang memberikan kemudahan untuk meletakkan gambar secara online. Diantara laman web yang popular untuk meletakkan gambar adalah di www.flickr.com.

Diantara kelebihan meletakan gambar di flickr adalah, ianya memberikan kemudahan untuk memuat-naik gambar secara serentak dan gambar yang diletakkan di flickr boleh juga dipaparkan dilaman blog atau web yang berlainan.



100_4556 Playing with sparklers

Terjemahan tulisan rumi kepada tulisan Jawi

Tulisan jawi merupakan tulisan asal bangsa Melayu. Namun ramai daripada orang Melayu tidak boleh menulis Jawi. Kini terdapat laman web yang boleh membantu pengguna yang tidak arif menulis jawi, menghasilkan tulisan jawi dengan menaip tulisan rumi.

Alamat laman web untuk kemudahan ini adalah http://www.ejawi.net/converter.php?go=rumi

Pengunjung hanya perlu menaip ayat didalam tulisan rumi di bahagaian yang disediakan, tekan diatas butang terjemah, dan hasil terjemahan ayat didalam tulisan jawi akan dapat dilihat dibahagian bawah.

Langkah yang seterusnya adalah untuk menyalin tulisan jawi yang telah dihasilkan dan diletakan didalam perisian lain seperti email atau Word Processor.

Mengakses gambar dari satelite

Teknologi telah membolehkan kita melihat gambar-gambar mukabumi dari angkasa menggunakan Satelit. Diantara kemudahan yang boleh kita gunakan untuk melihat gambar mukabumi dari angkasa adalah seperti Google Earth dan Microsoft Aerials.

Sebelum ini untuk melihat gambar-gambar yang dirakamkan dari satelit, kita perlulah memuat-turunkan perisian Google Earth terlebih dahulu. Kadangkala komputer yang kita gunakan pula tidak menyokong keperluan minima perisian Google Earth ini. Kini pengguna boleh mengakses imeg Google Earth dengan lebih mudah tanpa perlu memuat-turunkan apa-apa perisian.

Apa yang diperlukan adalah browser yang menyokong kemudahan Flash. Alamat laman Web untuk kita mengaksesnya adalah www.flashearth.com

Melakukan proses De-Fragment menggunakan Defraggler

Apabila kita menggunakan Hard Disk yang baru kita dapat rasakan yang fail yang disimpan cepat sekali untuk dibuka, tetapi apabila Hard Disk tersebut telah lama digunakan ianya menjadi semakin perlahan.

Ini adalah disebabkan oleh fenomena yang dinamakan fragmentation.

Apabila sesebuah fail ditulis didalam Hard yang baru ianya akan ditulis secara berturutan. Apabila sesebuah Hard Disk telah lama digunakan fail yang ditulis tidak lagi didalam bentuk berturutan. Ia akan ditulis dimerata tempat dimana ada ruang kosong didalam Hard Disk tersebut..

Ini akan menyebabkan masa yang akan diambil untuk membuka sesuatu fail itu agak lama. Terdapat kemudahan dimana kita boleh menyusuan kembali fail yang berselerak didalam Hard Disk kita untuk ianya menjadi berturutan semula.

Perisian ini dinamakan defraggler, ianya boleh di muat-turun di www.defraggler.com



Contoh Hard Disk selepas melalui proses Defragmentation

Contoh Hard Disk sebelum melalui proses Defragmentation.


Menjadikan WebCam sebagai CCTV

Sejak akhir-akhir ini kita sentiasa mendengar mengenai kes-kes kecurian yang dapat diselesaikan dengan menggunakan kemudahan CCTV. CCTV adalah dari singkatan perkatan Close Circuit TV atau System TV Litar Tertutup.

Apabila kita membicarakan mengenai kemudahan CCTV biasanya ianya hanya dipasang di bank, pejabat dan kedai-kedai sahaja. Namun kini teknologi telah membolehkan pengguna memasang CCTV dipasang di rumah masin-masing.

Satu daripada cara termurah untuk memasang CCTV dirumah adalah dengan menggunakan kemudahn Webcam dan perisian yang sesuai. Webcam adalah kemudahan yang biasanya digunakan untuk melakukan sidang video. Webcam biasanya tidak dibekalkan dengan perisian untuk menjadikannya sebagai CCTV, ianya tidak boleh merakam pergerakan secara automatik.

Untuk menjadikan Webcam sebagai CCTV kita perlu tambahkan perisian yang sesuai. Diantara perisian yang boleh kita gunakan adalah Crime Catcher, ianya boleh dimuat-turun di http://www.crime-catcher.com/

Menghantar SMS secara percuma

SMS merupakan satu kemudahan popular yang diminati oleh semua pengguna telefon bimbit. Namun begitu ramai yang merungut apabila hendak menghantar SMS kerana ada caj yang dikenakan. Caj penghantaran bermula dari 5 sen ke Syarikat yang sama, sehingga 20 sen kepada syarikat yang berlainan.

Kini masaalah ini boleh diselesaikan, pengguna bukan hanya boleh menghantar SMS kepada rakan-rakan di Malaysia secara percuma, ianya juga memberi peluang untuk menghantar SMS kepada rakan-rakan yang berada di luar negara juga secara percuma.

Untuk menghantar SMS secara percuma, langkah yang pertama adalah dengan mengunjungi laman web berikut: www.3jam.com.




Anda boleh menambahkan nama rakan-rakan lain dengan mendaftar melalui laman web yang sama.

Membaca Al Quraan di telefon bimbit

telefon bimbit kini bukan sahaja boleh digunakan untuk menelefon, menghantar SMS dan juga mendengar lagu, ianya boleh juga digunakan untuk membaca Al Quran.

Untuk memuat-turunkan Al Quran kedalam telefon bimbit, pengguna bolehlah mengunjungi laman wap berikut melalui kemudahan wap didalam telefon bimbit: wap.getjar.com Pilih capaian quick download dan masukkan kod 960.

Satu cara lain untuk memasukkan alamat ini kedalam telefon bimbit adalah dengan menghantar SMS ke 32728 dengan menaip: KNL MQ


Membaca Al-Quraan di Internet

Didalam bulan Ramadhan ini ramai yang berlumba-lumba untuk meningkatkan ibadat dengan memperbanyakaan amalam membaca Al-Quraan. Kini bacaan Al Quraan bukan sahaja telah boleh ditonton di TV dan didengari di radio, ianya telah juga boleh diakses secara online dengan sambungan Internet.

Diantara laman web yang memberikan kemudahan bacaan Al Quraan adalah di www.quranonline.net. Didalam quranonline.net ini, pengguna boleh mengakses bacaan Al Quraan secara Video Stremaing dengan percuma. Untuk mendengar bacaan Al Quraan, sila klik diatas Watch high Quality quraan....



Bagaimana untuk mengawal komputer di rumah dari Pejabat

Didalam Sistem Pengoperasian Microsoft XP, terdapat kemudahan pengawalan komputer dari Internet. Untuk mengaktifkan kemudahan pengawalan ikuti langkah berikut.

1. Right-Click di atas ikon My Computer komputer yang hendak dikawal




2. Pilih Remote dan aktifkan Allow users to connect remotely to this computer





3. Dapatkan no IP anda dengan mengunjungi www.whatismyip.com






4. Di pejabat pula, pilih: Start > All Programs > Accessories > Remote Desktop Connection






5. Taipkan no IP dirumah






6. Isikan User name dan kata laluan





7. Tahniah! Anda telah boleh mengawal komputer di rumah dari pejabat.
Kemudahan ini mungkin tidak boleh dilakukan jika sistem di pejabat anda menyekat kemudahan pengawalan di dalam Firewall. Komputer di rumah anda juga perlulah disambung secara terus tanpa ada peralatan Router diantara Modem dengan Komputer.

Cara mudah untuk menyemak no IP

No IP merupakan nombor pengenalan yang diberikan kepada setiap komputer yang disambungkan ke Internet. Jika kita menggunakan sambungan ke Internet menggunakan kemudahan dial-up atau broadband, no IP yang diberikan akan berubah-ubah setiapkali sambungan dibuat.

Untuk mengetahui no IP sambungan ke Internet, anda bolehlah kunjungi laman web ini: www.whatismyip.com Laman web ini membolehkan anda mengetahui no IP yang diberikan oleh syarikat pembekal. No IP ini akan digunakan dan di rekodkan setiap kali anda melakukan aktiviti di Internet. Aktiviti seperti menghantar email, membaca laman web.

Walaupun no IP ini berubah-ubah ianya boleh dikesan dengan mudah oleh syarikat pembekal. Oleh itu kita perlulah berhati-hati apabila menghasilkan Blog, menghantar email dan sebagainya, ini adalah kerana dengan adanya no IP ini identiti mereka yang melakukan aktiviti di Internet boleh dikesan.

Mewujudkan kemudahan Wiki didalam laman web sendiri

Kemudahan Wiki adalah kemudahan yang membolehkan maklumat didalam sesuatu laman web dikemaskinikan secara bersama. Konsep Wiki adalah berasaskan konsep Gotong-royong. Jika dahulu konsep gotong-royong digunakan untuk membina rumah, membersihkan kampung, kini konsep gotong-royong telah diperkenalkan didalam alam siber pula.

Kemudahan Wiki boleh diperolehi dengan melanggannya di laman-laman web yang berkenaan. Pemberi kemudahan Wiki ini dipanggil Wikifarm, senarai Wiki farm boleh diakses di http://en.wikipedia.org/wiki/Comparison_of_wiki_farms.

Kebanyakaan Wikifarm memberikan kemudahan Wiki ini secara percuma, percuma dari segi perisian dan percuma dari segi hosting. Satu daripada kemudahan Wikifarm yang boleh digunakan didalam senarai adalah Wikidot.

Kemudahan Wikidot boleh diakses di www.wikidot.com. Langkah pertama untuk mendaptkan kemudahan Wiki melalui Wikidot adalah dengan mendaftarkan diri anda melalui link Create Login.

Kemudahan Wikipedia berbahasa Melayu di ms.wikipedia.org

Wiki adalah satu konsep dimana maklumat didalam laman web diwujudkan secara bersama. Dengan adanya kemudahan ini didalam sesuatu laman web, ianya membolehkan pengunjung menambah dan mengedit maklumat yang terdapat didalam sesuatu laman web secara terus.

Konsep Wiki ini adalah amat popular didalam dunia Internet masa kini, setakat ini terdapat banyak laman web yang menggunakan kemudahan Wiki ini untuk mewujudkan ensaiklopedia, buku rujukan, maklumat bantuan mengenai sesuatu perisian, maklumat yang memerlukan bantuan orang ramai untuk dibangunkan dan banyak lagi.

Senarai ini boleh di akses di http://www.mediawiki.org/wiki/Sites_using_MediaWiki/en

Satu daripada kemudahan Wiki yang popular adalah Wikipedia. Ianya boleh diakses di www.wikipedia.org. Wikipedia merupakan ensaiklopedia yang boleh disunting oleh pengunjung secara terus.

Sumbangan tidak terhad kepada Bahasa Inggeris sahaja, semua bahasa didalam dunia boleh digunakan. Untuk mengakses ensaiklopedia Wikipedia berbahasa Melayu sila lawati http://ms.wikipedia.org.



Kemudahan Wiki

Wiki merupakan kemudahan yang membolehkan pengunjung laman web membantu memantapkan laman web yang dikunjunginya. Dengan cara begini maklumat disesebuah laman web akan menjadi lebih bermaklumat dan lengkap.

Tanpa kemudahan Wiki ini, maklumat didalam laman web hanya boleh dikemaskini oleh empunya laman web sahaja. Kemungkinan besar terdapat ketika dimana pengunjung lebih arif mengenai sesuatu topik berbanding dengan empunya laman web tersebut. Dengan kemudahan Wiki pengunjung yang mempunyai pengetahuan yang lebih boleh membantu berkongsikan ilmu mereka secara langusng dengan menambahnya didalam laman web secara terus.

Wiki adalah dari perkataan bahasa Hawai yang bermaksud cepat. Jika sesebuah laman web mempunyai kemudahan Wiki, ianyabermaksud maklumat didalam laman tersebut boleh dikemaskinikan oleh pengunjung itu sendiri dengan lebih cepat.

Kemudahan Wiki ini adalah sesuai jika laman web yang kita wujudkan adalah untuk maklumat umum. Sebagai contoh jika mewujudkan laman web mengenai Kampung kita. Tanpa kemudahan Wiki empunya laman web perlu mendapatkan semua maklumat yang hendak diletakan dilaman web tersebut secara persendirian.

Jika ada pengunjung yang hendak menyumbang, mereka perlulah menghantarkan maklumat itu melalui email dan akan dikemaskinikan oleh empunya laman web tersebut. Ini sememangnya akan mengambil masa yang lebih panjang berbanding dengan konsep Wiki dimana maklumat tersebut boleh dikemasikinikan oleh pengunjung secara terus.

Diantara laman web yang mempunyai kemudahan Wiki adalah www.wikimedia.org. Untuk senarai laman web yang mempunyai kemudahan ini anda boleh mengunjungi laman web berikut http://www.mediawiki.org/wiki/Sites_using_MediaWiki/en




Mendengar stesen radio dari seluruh dunia

Internet telah membolehkan pengguna mendapat maklumat dengan lebih cepat melalui laman web dan juga email. Dengan kemajuan teknologi pengguna kini telah boleh mendengar radio dari seluruh dunia di Internet.

Laman web untuk mendengar radio dari seluruh dunia boleh dilayari di www.radiotime.com. Radiotime membolehkan pengguna mencari laman web radio yang mereka inginkan dengan menaipkan nama stesen radio tersebut , negara atau bandar dimana ianya berada.

Jika stesen tersebut sedang keudara di Internet, satu butang yang bertulis Listen akan dipaparkan.




Dengan menekan butang Listen, pengguna boleh mendengar siaran Radio tersebut secara langsung.

Merekodkan paparan dengan arahan Alt + Print Screen

Satu cara untuk merekodkan paparan skrin adalah dengan menggunakan teknik menekan butang PrtSc dan kemudian menggunakan arahan Paste untuk mengluarkan paparan yang telah direkodkan.

Proses menekan butang PrtSc akan merekodkan keseluruhan skrin, dan jika kita mempunyai lebih dari satu skrin, kesemua skrin juga akan direkodkan didalam satu fail. Ini akan menyukarkan kita jika kita hanya berkehendakan hanya window yang tertentu sahaja dirakamkan.

Sebenarnya terdapat satu teknik yang membolehkan kita merakamkan hanya skrin yang terentu sahaja apabila butang PrtSc ditekan.

Untuk merekodkan hanya window yang tertentu sahaja, cuba tekan butang Alt dan jangan lepaskan, diikuti dengan butang PrtSc. Ini akan membuatkan Window yang aktif atau yang teratas sahaja akan dirakamkan.

Untuk memapaparkan apa yang telah dirakamkan gunakan arahan Paste.

Membaca laman web di telefon bimbit

Laman web kebanyakaannya diwujudkan untuk dibaca melalui komputer, walaupun kebanyakaan telefon bimbit telah boleh mengakses Internet namun ianya masih tidak boleh membaca laman web didalam format yang asal.

Ini adalah disebabkan kebanyakaan telefon bimbit hanya membenarkan internet dilayari didalam bentuk WAP.

Laman WAP merupakan laman yang dihasilkan untuk dilayari menggunakan telefon bimbit, ianya adalah lebih efisyien jika dibandingkan dengan laman web. Ini adalah kerana laman WAP adalah bersaiz lebih kecil berbanding dengan laman WEB.

Namun kebanyakaan laman web yang dihasilkan tidak mempunyai kemudahan WAP. Tetapi kini telah terdapat kemudahan untuk mengubah laman WEB ke laman WAP secara automatik.

Untuk mengakses kemudahan ini anda hanya perlu menaip www.google.com/m di telefon bimbit dan masukkan alamat laman web yang hendak diubah.

Secara automatik enjin pencari google akan membaca laman web yang disertakan dan laman web tersebut akan diubah kepada bentuk WAP dan dipaparkan di telefon bimbit

Mewujudkan Podcast

Untuk mewujudkan kemudahan Podcast kita memerlukan laman web yang memberikan kemudahan Podcast Hosting. Diantara laman web yang memberikan kemudahan Podcast hosting ini secara percuma adalah di www.switchpod.com.

Langkah yang pertama sebelum kita boleh meletakkan bahan berbentuk audio disana, kita perlulah merakamkan terlebih dahulu bahan yang ingin kita siarkan didalam bentuk audio berformat MP3.

Setelah MP3 itu dihasilkan ianya perlu di uploadkan di Podcasting Hosting kita. Satu capaian atau alamat RSS akan diberikan dan bolehlah ianya diletakkan di laman web kita untuk diakses oleh pendengar menggunakan kemudahan Podcast Receiver.

Memahami kemudahan Podcast

Podcast adalah singkatan dari perkataan iPOD dan BROADCAST, apabila kedua-dua perkataan tersebut disambungkan ianya disebut sebagai Podcast. Podcast adalah kemudahan teknologi yang diwujudkan untuk membolehkan seseorang melanggan bahan berupa audio yang diletakkan di laman web terus ke komputer masing-masing.

Kemudahan Podcast adalah terbahagi kepada dua, pertama - Kemudahan Penerima yangdinamakan Podcast Receiver dan yang keduanya adalah laman web dimana bahan audio tersebut diletakkan.

Terdapat banyak podcast receiver yang boleh kita gunakkan diantaranya adalah iTunes daripada Apple www.itunes.com dan juga Juice http://juicereceiver.sourceforge.net/



Mengurangkan penerimaan SPAM

Perkataan SPAM adalah merujuk kepada penerimaan email tanpa diminta. Oleh kerana penghantaran email adalah percuma dan mudah maka ianya telah menjadi teknik pilihan untuk penjual barangan yang tidak bertanggung jawab menggunakan email sebagai satu cara untuk menghantar maklumat barangan kepada penerima.

Oleh kerana SPAM ini percuma kepada penghantar dan penerima, mungkin ianya tidak dianggap serius, tetapi sebenarnya SPAM, oleh kerana dihantar dengan begitu banyak ianya boleh mengangu sistem email disesebuah syarikat.

SPAM juga boleh mengurangkan produktiviti pekerja. Ini adalah kerana pekerja yang menerima banyak SPAM ini terpaksa memilih email yang betul diantara email-email yang diterima. Banyak masa yang terbuang hanya untuk memilih SPAM-SAPM yang diterima.

Selain daripada masa terbuang ada SPAM juga membawa bersama virus dan Spyware didalam email yang dihantar.

Apabila kita menerima SPAM cara yang paling mudah adalah dengan melaporkan SPAM tersebut kepada pembekal kemudahan email itu, secara automatik email yang sama akan turut dipadam dan dihalang dari dihantar ke email penerima lain yang menggunakan email yang sama.

Bagaimanakah agaknya penghantar SPAM ini mendapatkan alamat email kita? Ada terdapat banyak cara alamat email kita boleh diperolehi. Satu daripada caranya adalah dengan membeli alamat email kita daripada syarikat yang menjual alamat-alamat email.

Alamat email kita juga boleh diperolehi dari laman web, dimana kita mungkin ada meletakan alamat email kita disana. Untuk mengurangkan SPAM yang mengumpulkan alamat email kita melalui laman web, kita boleh juga menukarkan alamat email kita kepada perkataan, sebagai contoh jika alamat email kita adalah adiqdia@yahoo.com kita tukar kepada adiqdia(at)yahoo(dot)com.

Teknik ini akan membuatkan alamat email kita tidak akan dipungut oleh perisian yang mengumpulkan alamat email melalui laman web oleh kerana formatnya bukan format email, tetapi ianya masih boleh difahami oleh pengguna lain yang ingin menghantar email kepada kita.

Menggunakan kemudahan PING untuk menyemak status peralatan

Status sesebuah peralatan yang disambungkan di Internet boleh disemak dengan arahan PING. Sebelum kita boleh menggunakan arahan PING kita perlulah mengetahui no IP peralatan yang hendak disemak.

No IP boleh diketahui dengan menaip arahan IPCONFIG diskrin command prompt. Untuk mendapatkan skrin Command Prompt, Pilih:

Start > All Program > Accessories > Comand Prompt

Microsoft Windows XP [Version 5.1.2600]
(C) Copyright 1985-2001 Microsoft Corp.

C:\Documents and Settings\azli paat>ipconfig

Windows IP Configuration


Ethernet adapter Local Area Connection:

Media State . . . . . . . . . . . : Media disconnected

Ethernet adapter Wireless Network Connection:

Connection-specific DNS Suffix . :
IP Address. . . . . . . . . . . . : 192.168.15.100
Subnet Mask . . . . . . . . . . . : 255.255.255.0
Default Gateway . . . . . . . . . : 192.168.15.1

C:\Documents and Settings\azli paat>

Setelah no IP diperolehi arahan PING boleh di lakukan dengan menaip > PING 192.168.15.100


C:\Documents and Settings\azli paat>ping 192.168.15.100

Pinging 192.168.15.100 with 32 bytes of data:

Reply from 192.168.15.100: bytes=32 time<1ms TTL=128
Reply from 192.168.15.100: bytes=32 time<1ms TTL=128
Reply from 192.168.15.100: bytes=32 time<1ms TTL=128
Reply from 192.168.15.100: bytes=32 time<1ms TTL=128

Ping statistics for 192.168.15.100:
Packets: Sent = 4, Received = 4, Lost = 0 (0% loss),
Approximate round trip times in milli-seconds:
Minimum = 0ms, Maximum = 0ms, Average = 0ms

C:\Documents and Settings\azli paat>

Untuk menggunakan arahan PING dari Internet, pastikan yang no IP yang hendak di PING adalah no IP umum, no IP persendirian tidak boleh di PING dari Internet.

Meletakan no IP di komputer

No IP atau Internet Protocol merupakan pekara yang penting untuk membolehkan sesuatu komputer berhubung diantara satu sama lain didalam jaringan persendirian atau di Jaringan Internet .

No IP merupakan no pengenalan untuk membolehkan sesebuah komputer berkomunikasi diantara satu sama lain. Setiap peralatan memerulukan no IP yang berbeza, No IP di komputer boleh diubah jika perlu, cara untuk mengubah no IP di sesebuah komputer, ikuti rahan berikut:

1. Pilih Start > Connect To > Show All Connections

2. Klik dua kali diatas ikon sambungan yang hendak diubah

3. Pilih > Internet Protocol TCPIP

4. Klik diatas butang Properties

5. Pilih > Use the following IP Address dan masukkan no IP yang dikehendaki.

Sila pastikan no IP yang hendak dimasukkan adalah tepat kerana jika tidak ianya boleh menyebabkan komputer tidak boleh mengakses Internet dan jika terdapat peralatan lain yang mempunyai no IP yang sama, kedua-dua peralatan itu akan mempunyai masaalah untuk menghubungi jaringan atau Internet.

Memahami konsep no IP - Internet Protocol

No IP merupakan konsep pengenalan kepada semua peralatan yang disambungkan ke jaringan. IP adalah singkatan dari perkataan Internet Protocol. Setiap peralatan yang hendak disambungkan ke jaringan perlulah mempunyai no IP mereka sendiri. No IP didalam setiap peralatan yang hendak disambungkan perlulah unik.

No IP dibahagikan kepada dua, pertama IP Persendirian dan kedua IP umum. IP persendirian adalah untuk no IP yang digunakan didalam jaringan persendirian, dan IP umum adalah IP yang diberikan untuk peralatan yang perlu diakses dari Internet.

IP Persendirian diberikan kepada komputer didalam jaringan yang boleh mengakses Internet. IP Umum biasanya diberikan kepada komputer yang boleh diakses dari Internet seperti Web Server dan Email Server.

Contoh no IP persendirian: 192.168.15.100

Contoh no IP umum: 219.93.151.107

No IP setiap komputer boleh disemak dengan memilih arahan > Start > All Programs > Accessories > Command Prompt

Taip: IPCONFIG

Anda akan melihat paparan seperti ini:


C:\Documents and Settings\azli paat>ipconfig

Windows IP Configuration

Ethernet adapter Wireless Network Connection:

Connection-specific DNS Suffix . :
IP Address. . . . . . . . . . . . : 192.168.15.100
Subnet Mask . . . . . . . . . . . : 255.255.255.0
Default Gateway . . . . . . . . . : 192.168.15.1

C:\Documents and Settings\azli paat>

No IP didalam sesuatu Network tidak boleh sama, jika terdapat no IP yang sama, peralatan yang mempunyai no yang sama tidak boleh berfungsi, dan ianya perlu ditukar. Kebanyakaan network mempunyai Server yang memberikan no IP secara automatik jadi pengguna tidak perlu meletakan no IP mereka secara manual.

Memuat-turunkan video dari Youtube ke komputer dan memainkannya semula

Menonton video di laman web YouTube telah menjadi satu trend buat kebanyakaan pengguna. Namun video di Youtube perlukan sambungan Internet setiap kali hendak ditonton, walaupun video tersebut telah ditonton sebelum ini.

Dalam masa yang sama didalam laman web youtube tidak diwujudkan kemudahan untuk penyimpanan video yang telah ditonton. Sebenarnya terdapat beberapa teknik yang boleh kita lakukan untuk menyalin video yang ditonton di youtube ke komputer kita. Satu daripada teknik yang mudah ialah dengan menyalin alamat laman web video yang ditonton dan meletakkannya dilaman web www.videodownloader.net.





Secara otomatik video yang dikehendaki itu akan disalin ke komputer kita. Jangan lupa untuk memuat-turunkan perisian FLV Player didalam laman web yang sama, kerana jika tidak video yang telah dimuat-turunkan tidak boleh dimainkan pula.


Mengawal komputer dari jarak jauh menggunakan perisian VNC

VNC adalah dari singkatan perkataan Virtual Network Computing. Dengan perisian VNC komputer pergerakan sesebuah komputer boleh dikawal dari jarak jauh. Perisian VNC in boleh dimuat-turun di www.realvnc.com.

Terdapat dua bahagian didalam perisian VNC ini, pertama bahagian Server dan kedua bahagian Viewer.




Setelah kedua-dua perisian ini dipasang di Server dan Viewer, anda perlu mengetahui no IP Server untuk mengawalnya daripada Viewer. Apabila no IP server telah dimasukkan di Viewer, semua pergerakan keyboard dan tetikus telah boleh dikawal daripada viewer.

Satu Viewer boleh mengawal bebeberapa Server, asalkan kita mengetahui no IP server tersebut. Untuk keselamatan kata laluan boleh ditambahkan kepada server yang berkenaan.

Kemudahan mengemaskinikan Blog melalui Perisian Desktop Blogging

Laman Blog perlu dikemaskinkan sentiasa, namun seperti juga penulis lain, kadangkala idea untuk menulis tidak muncul apabila mereka berada dihadapan komputer dengan sambungan Internet, tetapi muncul apabila mereka tidak ada sambungan ke Internet. Oleh kerana menulis di laman blog perlukan sambungan Internet maka kebanyakaan laman blog tidak dikemaskinikan disebabkan oleh masaalah ini.

Untuk penulis yang mempunyai banyak laman blog mengemaskinikan laman blog mereka satu-persatu juga akan mengambil banyak masa. Selain daripada proses log-ini, pilihan menu, dan sebagainya, ini membuatkan proses mengemaskini laman blog agak sukar untuk dibuat selalu.

Terdapat banyak perisian yang boleh membantu kita untuk mengemaskinikan laman blog dengan cara yang lebih mudah. Diantara perisian yang terbaik untuk tujuan ini adalah perisian yang dinamakan Zoundry. Ianya boleh dimuat-turun di www.zoundry.com.

Mengaktivkan kemudahan email di telefon bimbit

Kemudahan mengakses email telah boleh dilakukan menggunakan kebanyakaan telefon bimbit. Namun pengunaan email di telefon bimbit tidak banyak digunakan kerana terdapat settings-settings yang perlu dimasukkan tidak diketahui oleh pengguna.

Terdapat dua maklumat penting yang perlu diketahui oleh pengguna untuk membolehkan email diakses dan dihantar dari telefon bimbit. Pertama, alamat server penerima email anda atau POP Server, kedua alamat email penghantaran atau SMTP server.

Alamat kedua-dua email server ini boleh diperolehi dengan melihat alamat email tersebut. Jika alamat email anda adalah abc@syarikat.com.my maka alamat email untuk incoming server kemungkinan besar adalah pop.syarikat.com.my.

Untuk alamat sever penghantar pula ianya mungkin adalah smtp.syarikat.com.my.

Maklumat ini adalah maklumat email server secara umum. Terdapat kemungkinan dimana alamat incoming dan sending server adalah berlainan daripada yang dinyatakan. Hubungi Pegawai yang bertanggungjawab disyarikat anda untuk maklumat lanjut.

Kemudahan penyimpanan Bookmark di email

Email telah boleh digunakan bukan sahaja untuk menghantar atau menerima mesej, ianya juga telah boleh digunakan untuk menyimpan alamat laman web yang telah kita lawati.

Untuk mendapatkan kemudahn ini, kita hanya perlu mendaftar di alamat laman web di www.toread.cc.

Setelah pendaftaran dilakukan, anda hanya perlu “Right-Click” di atas capaian [toread] untuk memindahkan alamat toread ke Favourite anda.Toread

Selepas proses pemindahan selesai. Anda boleh menghantar alamat laman web yang hendak disimpan terus ke email dengan memilah Favourite “Totead” di senarai Favourite anda.

Menggunakan kemudahan Bluetooth

Bluetooth merupakan kemudahan perhubungan tanpa wayar jarak dekat yang diguna pakai di kebanyakaan telefon bimbit.

Bluetooth menggunakan teknologi radio di frekunsi 2.4 GHz. Bluetooth diwujudkan untuk membolehkan telefon bimbit disambungkan kepada komputer dengan cara yang lebih mudah.

Bluetooth mempunyai jarak operasi sejauh 10 meter dan boleh memindahkan maklumat dengan kelajuan 1 Mbps.

Untuk menggunakan kemudahan Bluetooth di telefon bimbit, telefon bimbit kita perlulah ada kemudahan tersebut semasa kita membelinya. Bluetooth tidak boleh ditambah sebgai kemudahan tambahan di telefon bimbit, tetapi ianya boleh ditambah di Komputer dengan membeli peralatan yang dinamakan “Bluetooth Dongle”

Kemudahan Bluetooth bukan sahaja boleh memindahkan fail diantara telefon bimbit dan Komputer, ianya juga boleh digunakan untuk kemudahan “Hands Free” ditelefon bimbit tanpa menggunkaan wayar.

Menonton rakaman video yang diambil dari Kamera Digital di TV

Kamera digital bukan sahaja telah boleh mengambil gambar pegun malah kebanyakaanya telah boleh mengambil gambar video. Walaupun sesetengah Kamera Digital boleh disambungkan terus ke TV namun tontonan akan menjadi lebih mudah jika video yang diambil boleh ditonton melalui TV menggunakan VCD atau DVD. Gambar Video yang diambil oleh sesebuah kamera digital sebenarnya boleh ditonton di TV menggunakan pemain VCD atau DVD yang sesuai. Untuk memainkan semula video yang diambil menggunakan kamera digital di TV menggunakan alat pemain DVD, alat pemain perlu menyokong format yang digunakan didalam proses rakaman video tersebutt. Terdapat beberapa format yang digunakan oleh kamera digital untuk merakamkan video. Diantara format yang popular adalah AVI, MOV dan MPEG4.

Alat pemain DVD kita juga perlulah menyokong format yang sama dengan kamera digital untuk video tersebut ditonton di TV. Format yang popular untuk penyimpanan video yang diambil menggunakan Kamera Digital adalah format MPEG4. Format ini juga popular dan banyak digunakan untuk merakamkan video yang diambil menggunakan telefon bimbit. Format MPEG4 menjadi pilihan kerana saiz fail yang diambil adalah lebih kecil dibandingkan dengan format-format yang lain. Jika kamera kita menggunakan format MPEG4 maka alat pemain DVD yang hendak digunakan perlulah juga menyokong format MPEG4. Keserasian format ini penting untuk memastikan video yang diambil dapat ditonton dan disimpan didalam format yang asal. Dengan menyimpan video didalam format yang asal, kualiti gambar dapat dikekalkan dan masa juga dapat dijimatkan kerana pengguna tidak lagi perlu untuk menukarkan format asal kepada format yang lain.

Kemudahan storan percuma di Internet www.woofiles.com

Terdapat pelbagai cara untuk menyimpan fail di Internet, ada pemberi kemudahan yang memerlukan perisian dipasang terlebih dahulu, ada pemberi kemudahan yang memerlukan pendaftaran dan ada juga pemberi kemudahan yang menggunakan storan di email untuk menyimpanan fail di Internet.

Kini terdapat pemberi kemudahan yang membolahkan anda menyimpan fail dengan cara yang paling ringkas, tidak perlu mendaftar atau memuat-turun apa-apa perisian, cukup sekadar menggunakan browser dan alamat email anda.

Alamat pemberi kemudahan tersebut adalah www.woofiles.com. Apabila anda telah sampai ke laman web ini apa yang anda perlukan adalah menekan ikon Add File. Satu Dialog Box akan dibuka untuk anda memilih dan memulakan proses memuat naikkan fail tersebut.


woofiles

Kemudahan WAP didalam telefon bimbit

Wireless Application Protocol atau WAP merupakan kemudahan yang membolehkan pengguna mengakses Internet melalui telefon bimbit. Kemudahan WAP adalah berbeza dengan kemudahan WEB. Kemudahan WAP hanya boleh mengakses laman-laman yang diwujudkan untuk pelayar WAP sahaja.

Apakah perbezaan laman WAP jika dibandingkan dengan laman WEB. Untuk permulaan, ianya berbeza dari segi sebutan WEB didalam Laman WEB disebut "WAB". WAP didalam laman WAP pula disebut "WOB".

Perbezaan yang kedua pula adalah dengan saiz paparan yang diwujudkan. Saiz laman WAP adalah kecil, 80% lebih kecil dari laman WEB. Ini adalah kerana ianya diakses oleh telefon bimbit yang mempunyai skrin yang lebih kecil.

Laman WAP juga mempunyai maklumat paparan yang lebih ringkas dibandingkan dengan laman web. Ianya diringkas kerana sambungan untuk ke Internet melalui telefon bimbit adalah lebih perlahan dibandingkan dengan sambungan ke Internet melalui komputer. Jadi maklumat yang tidak penting seperti imej, animasi dan sebagainya telah dikurangkan daripada laman WAP.

Maklumat didalam laman WAP adalah lebih ringkas berbanding dengan laman WEB kerana untuk mengurangkan caj sambungan ke Internet. Ini adalah kerana sambungan ke Internet menggunakan telefon bimbit adalaah dicaj mengikut saiz yang dimuat-turun tidak mengikut masa.

Menghasilkan Font menggunakan Fontcreator di www.high-logic.com

Font merupakan rupa bentuk huruf yang menggambarkan sesuatu tulisan. Terdapat pelbagai font yang telah sedia ada didalam komputer yang boleh kita gunakan.

Font dibezakan mengikut nama, nama-nama seperti Arial, Times, Helvetica adalah font yang biasa digunakan. Font yang jarang digunakan adalah seperti Vertigo, Delicious atau Bobbel.




Mungkin kita pernah terfikir bagaimana Font-font ini dihasilkan. Font dihasilkan menggunakan perisian yang dinamakan Font Creator. Perisian Font Creator boleh diperolehi di www.high-logic.com.

 

Copyright 2009 All Right Reserved. Crafted by ADIQDIA