Penawar Brontok VarX





























Sebagai pengguna/pemilik komputer kita acapkali menghadapi masalah akibat dari serangan virus dari pelbagai jenis. Akibat dari serangan virus ini menyebabkan banyak kerja-kerja kita tertangguh, terbengkalai dan ada juga yang mengalami kerugian dan sebagainya. Kini anda boleh menarik nafas lega dengan adanya Penawar Brontok VarX yang dihasilkan oleh anak tempatan. Ia mampu membuang, membersih serta memulihkan sistem komputer anda seperti normal. Cara penggunaannya pun amat mudah . Saya telah mencubanya dan amat berkesan free lagi tu. Anda boleh memuat turun program tesebut

di sini


Sebelum itu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada saudara Syed Muhammad Syed Hussin dari Unit Sains Teknologi dan ICT Johor kerana memprogramkan Penawar Brontok untuk kegunaan kita bersama.

Penawar Brontok VarX

Apakah Penawar Brontok VarX


Penawar Brontok VarX boleh juga dikenali sebagai "Penawar Brontok". Ia merupakan satu perisian khas Remover Tool atau Removal Tool untuk membersihkan segala variant virus brontok, Bro_Act, Bro-Act, MySexy, MyHeart yang dikenal pasti mahupun yang tidak dapat dikenal pasti oleh mana-mana antivirus atau anti brontox / anti-brontok yang lain.


Ia dapat membantu ada menyelesaikan masalah yang berjam-jam untuk membetulkan komputer yang dijangkiti virus brontok dengan masa yang minimum. Ia direka untuk sesiapa sahaja yang telah terkena jangkitan virus brontok kerana ia amat mudah digunakan TANPA perlu menyuruh orang lain membantu anda menyelesaikan masalah virus brontok ini dengan memformat pc anda.


Jadi, tidak timbul lagi perkara FORMAT di dalam isu virus brontok ini. Senang digunakan, cepat, dan berguna untuk semua lapisan masyarakat.

Selamat mencuba.
 

Copyright 2009 All Right Reserved. Crafted by ADIQDIA