Kemudahan mengemaskinikan Blog melalui Perisian Desktop Blogging

Laman Blog perlu dikemaskinkan sentiasa, namun seperti juga penulis lain, kadangkala idea untuk menulis tidak muncul apabila mereka berada dihadapan komputer dengan sambungan Internet, tetapi muncul apabila mereka tidak ada sambungan ke Internet. Oleh kerana menulis di laman blog perlukan sambungan Internet maka kebanyakaan laman blog tidak dikemaskinikan disebabkan oleh masaalah ini.

Untuk penulis yang mempunyai banyak laman blog mengemaskinikan laman blog mereka satu-persatu juga akan mengambil banyak masa. Selain daripada proses log-ini, pilihan menu, dan sebagainya, ini membuatkan proses mengemaskini laman blog agak sukar untuk dibuat selalu.

Terdapat banyak perisian yang boleh membantu kita untuk mengemaskinikan laman blog dengan cara yang lebih mudah. Diantara perisian yang terbaik untuk tujuan ini adalah perisian yang dinamakan Zoundry. Ianya boleh dimuat-turun di www.zoundry.com.
 

Copyright 2009 All Right Reserved. Crafted by ADIQDIA