Perbezaan diantara WiFi G, B dan N

Terdapat 3 jenis kemudahan WiFi yang boleh dipilih semasa pembelian AP (Access Point).

Keseluruhan kemudahan WiFi menggunakan spektrum frekunsi yang tidak memerlukan lesen 2.4 GHz. Terdapat beberapa jenis AP yang memberikan pengguna kelajuan yang berbeza-beza.

AP diklasifikasikan mengikut kelajuan dan teknologi yang digunakan. WiFi adalah dibawah standard IEEE 802.11. Terdapat 3 jenis spesifikasi didalam kemudahan WiFi.

802.11b, 802.11g dan 802.11n

Perbezaannya adalah dari segi kelajuan.

WiFi B - Kelajuannya adalah 11 Mbps, WiFi G pula adalah 54 Mbps dan WiFi N boleh mencecah 600 Mbps.



200907210816.jpg


Selain daripada lebih laju, WiFi N juga menggunakan teknologi yang dinamakan MIMO (Multiple Input Multiple Output)


200907210820.jpg

Contoh WiFi N MIMO



Teknologi MIMO membolehkan isyarat yang terpantul digunakan semula bagi melancarkan akses. Kebanyakaan AP kini telah menggunakan kemudahan WiFi N. Kesemua AP daripada Apple menggunakan teknologi WiFi N.


200907210830.jpg

Mengimbas Dokumen menggunakan Kamera Digital dan menukarkannya kepada format pdf

200901080754.jpg
Kini terdapat kemudahan yang membolehkan pengguna menukarkan imej yang diambil oleh kamera digital atau telefon bimbit kepada dokumen didalam bentuk pdf.

Alamat laman webnya adalah http://www.snapter.atiz.com

Kemudahan storan di Internet

200901200744.jpg


Banyak perubahan telah berlaku didalam teknologi storan sejak ianya mula diperkenalkan. Komputer yang mulanya menggunakan storan didalam bentuk disket kemudian berpindah kedalam bentuk Hard Disk. Setelah itu CD diperkenalkan dan diikuti oleh DVD dan USB pula.

Kini kebanyakaan kemudahan tidak lagi mempunyai Hard Disk atau CD, maklumat disimpan didalam bentuk Flash memori seperti kamera digital dan storan USB.

Kini dengan wujudnya kemudahan Internet yang sentiasa aktif dan pantas seperti WiFi atau 3G, konsep kemudahan storan telah juga berubah. Internet kini telah menjadi satu pilihan tempat simpanan fail secara online.

Kelebihan yang terdapat pada kemudahan storan secara online adalah ianya sentiasa boleh diakses dimana sahaja.

Kemudahan storan secara online juga telah berkembang sejak ianya mula diperkenalkan. Kemudahan storan secara online sebelum ini merupakan kemudahan simpanan atau backup, bukan kemudahan simpanan fail yang boleh diakses secara terus. Untuk fail yang disimpan boleh digunakan kembali, ianya perlu terlebih dahulu disalin ke storan peralatan terlebih dahulu. Konsep ini tidak begitu menarik kerana fail yang telah dikemaskini perlu dimuat-naik semula sentiasa, jika tidak maklumat yang terdapat dialam storan online adalah tidak sama dengan fail didalam storan didalam peralatan.

Kini terdapat kemudahan storan di Internet yang boleh digunakan untuk mengakses fail secara terus, ianya dinamakan

www.zumodrive.com

Desktop Blogging

Blog merupakan konsep perkongsian maklumat terkini yang paling popular dikalangan penyumbang maklumat di Internet. Blog boleh dikemaskini secara langsung melalui laman web yang diberikan oleh pembekal kemudahan tersebut.

Terdapat pelbagai kemudahan blog yang boleh diperolehi secara percuma seperti blogger.com, typepad.com, wordpress dan pelbagai lagi. Kebanyakaan kemudahan blog memerlukan sambungan Internet apabila kandungan hendak ditaip. Kini terdapat kemudahan yang membolehkan kandungan blog ditaip didalam perisian tanpa memerlukan sambungan ke Internet.

Konsep menaip kandungan didalam perisian ini dinamakan Desktop Blogging. Seperti juga kemudahan laman blog, kemudahan desktop blogging ini juga kebanyakaan boleh diperolehi secara percuma.

Diantara kelebihan konsep desktop blogging ini adalah:

1. Kandungan boleh ditaip tanpa memerlukan sambungan Internet (Internet masih diperlukan untuk mengemaskinikan kandungan di laman blog)

2. Imej boleh ditambahkan kepada kandungan dengan menggunakan kaedah Copy dan Paste. Imej juga boleh diletakan di laman web penyimpanan imej berlainan seperti flickr dan picasa.

3. Satu posting boleh mengemaskinikan beberpa laman blog serentak.

4. Boleh mengakses beberapa laman blog serentak walaupun menggunakan Username yang berlainan.

5. Boleh menyimpan kandungan laman blog yang telah dikemaskini didalam komputer.

Diantara perisian Desktop Blogging yang popular adalah seperti:

Windows LiveWriter (http://download.live.com/writer)


200902030744.jpg



Zoundry Raven (www.zoundry.com)




200902030748.jpg



Scribefire ( www.scribefire.com )



200902030751.jpg



ECTO (http://infinite-sushi.com/software/ecto/)



200902030752.jpg

Menghantar Fax melalui Internet .

200905270728.jpg

Walaupun pengunaan email telah menjadi semangkin meluas, namun kemudahan penghantaran maklumat melalui Fax masih menjadi pilihan organisasi dan syarikat.

Kini anda telah boleh menghantar email melaui internet tanpa perlu mempunyai talian telefon. Kemudahan penghantaran fax boleh diperolehi di www.myfax.com Dengan kemudahan ini pengguna boleh menghantar Fax kepada negara yang tersenarai secara online. Terdapat juga kemudahan penghantaran percubaan secara percuma diberikan di laman web tersebut.

Pengguna juga berpeluang untuk mendapatkan no sendiri dan fax yang dihantar akan dipaparkan didalam bentuk PDF.

200905270728.jpg


200905270729.jpg




200905270729.jpg


200905270730.jpg


200905270731.jpg


200905270731.jpg


200905270743.jpg





Tips Mobile:

Kebanyakaan telefon bimbit tidak memapaparkan kandungan no telefon yang terdapat didalam SIM, untuk memapaparkan kandungan pilih arahan SIM phone book. No telefon dan nama akan dipaparkan. Pindahkan no yang terapat didalam SIM ke memori telefon anda.

Kad memori SDHC - Secure Digital High Capicity

Kad SD merupakan kad yang popular yang banyak digunakan untuk peralatan elektronik masakini.



200811200812.jpg





Kad SD yang telah diperkenalkan sejak tahun 2006 kini telah mengalami satu perubahan format yang penting. Format yang terkini adalah format SDHC


200811200811.jpg

Format SDHC merupakan format yang telah dihasilkan untuk menyokong kapisiti lebih dari 4GB.

SDHC adalah dari perkataan Secure Digital High apacity. SD card yang ini adalah dari katogeri Ultra dimana kelajuan bacaan dan penulisan adalah lebih laju berbanding dengan kad SD yang biasa.

Harga SDHC yang biasa lebih kurang RM75 jadi tambah RM25 dapat yang lebih laju, tak rugi untuk kegunaan jangka panjang.


DSC_0016.JPG



Kenapa beli SDHC? SDHC merupakan format terkini untuk menyokong kad yang lebih besar dari 2GB. Walaupun begitu terdapat kad yang bukan SDHC juga. Apabila anda memilih untuk menggunakan kad SDHC terdapat beberapa perkara yang perlu anda ketahui:

1. Kad SDHC hanya boleh digunakan pada peralatan yang boleh menyokong format SDHC sahaja.

Jadi pastikan peralatan yang akan menggunakan kad SDHC yang baru dibeli boleh menyokong format SDHC. Biasanya kedai tidak akan membenarkan anda mencuba terlebih dahulu jadi, semak dengan pengeluar kad dan juga pengeluar peralatan yang kedua-duanya adalah serasi.

2. Kad reader perluah juga menyokong SDHC.

Walaupun saiz SDHC adalah sama dengan kad SD namun ianya tidak serasi. Kad reader perlulah juga mempunyai tanda SDHC untuk ianya beroperasi dengan sempurna.



DSC_0013.JPG







Kad pembaca SDHC berbeza dengan format SD kerana, SDHC dibaca berasaskan sektor dan SD dibaca berasaskan byte. Kad SD boleh dibaca di peralatan SDHC dan tidak sebaliknya.

Kelajuan kad SD/HC

Rating Speed (MB/s)

6x 0.9

32x 4.8

40x 6.0

66x 10.0

100x 15.0

133x 20.0

150x 22.5

200x 30.0

Terdapat beberapa jenis kad SD yang boleh dipilih.



200811200758.jpg




200811200811.jpg


 

Copyright 2009 All Right Reserved. Crafted by ADIQDIA