Mendengar stesen radio dari seluruh dunia

Internet telah membolehkan pengguna mendapat maklumat dengan lebih cepat melalui laman web dan juga email. Dengan kemajuan teknologi pengguna kini telah boleh mendengar radio dari seluruh dunia di Internet.

Laman web untuk mendengar radio dari seluruh dunia boleh dilayari di www.radiotime.com. Radiotime membolehkan pengguna mencari laman web radio yang mereka inginkan dengan menaipkan nama stesen radio tersebut , negara atau bandar dimana ianya berada.

Jika stesen tersebut sedang keudara di Internet, satu butang yang bertulis Listen akan dipaparkan.




Dengan menekan butang Listen, pengguna boleh mendengar siaran Radio tersebut secara langsung.
 

Copyright 2009 All Right Reserved. Crafted by ADIQDIA