Kad memori SDHC - Secure Digital High Capicity

Kad SD merupakan kad yang popular yang banyak digunakan untuk peralatan elektronik masakini.



200811200812.jpg





Kad SD yang telah diperkenalkan sejak tahun 2006 kini telah mengalami satu perubahan format yang penting. Format yang terkini adalah format SDHC


200811200811.jpg

Format SDHC merupakan format yang telah dihasilkan untuk menyokong kapisiti lebih dari 4GB.

SDHC adalah dari perkataan Secure Digital High apacity. SD card yang ini adalah dari katogeri Ultra dimana kelajuan bacaan dan penulisan adalah lebih laju berbanding dengan kad SD yang biasa.

Harga SDHC yang biasa lebih kurang RM75 jadi tambah RM25 dapat yang lebih laju, tak rugi untuk kegunaan jangka panjang.


DSC_0016.JPG



Kenapa beli SDHC? SDHC merupakan format terkini untuk menyokong kad yang lebih besar dari 2GB. Walaupun begitu terdapat kad yang bukan SDHC juga. Apabila anda memilih untuk menggunakan kad SDHC terdapat beberapa perkara yang perlu anda ketahui:

1. Kad SDHC hanya boleh digunakan pada peralatan yang boleh menyokong format SDHC sahaja.

Jadi pastikan peralatan yang akan menggunakan kad SDHC yang baru dibeli boleh menyokong format SDHC. Biasanya kedai tidak akan membenarkan anda mencuba terlebih dahulu jadi, semak dengan pengeluar kad dan juga pengeluar peralatan yang kedua-duanya adalah serasi.

2. Kad reader perluah juga menyokong SDHC.

Walaupun saiz SDHC adalah sama dengan kad SD namun ianya tidak serasi. Kad reader perlulah juga mempunyai tanda SDHC untuk ianya beroperasi dengan sempurna.



DSC_0013.JPG







Kad pembaca SDHC berbeza dengan format SD kerana, SDHC dibaca berasaskan sektor dan SD dibaca berasaskan byte. Kad SD boleh dibaca di peralatan SDHC dan tidak sebaliknya.

Kelajuan kad SD/HC

Rating Speed (MB/s)

6x 0.9

32x 4.8

40x 6.0

66x 10.0

100x 15.0

133x 20.0

150x 22.5

200x 30.0

Terdapat beberapa jenis kad SD yang boleh dipilih.



200811200758.jpg




200811200811.jpg


Teknik menyimpan paparan skrin menggunakan kemudahan

Teknik menyimpan paparan skrin atau Screen Capture merupakan satu cara untuk menghasilkan bahan bantu mengajar yang efektif. Untuk menyimpan paparan skrin, anda boleh menekan butang PrintScreen di keyboard.

Setelah butang ditekan paparan akan disimpan didalam memori dan boleh dikeluarkan semula dengan menggunakan arahan Paste dimana-mana perisian yang boleh menerima imej seperti Word atau Powerpoint.

Walaupun kemudahan PrintScreen memadai untuk kebanyakaan pengguna namun ianya tidak begitu fleksible. Jika anda memerlukan kemudahan Screen Capture yang boleh melakukan banyak fungsi, anda bolehlah memuat-turun persian Screen Capture Quick Screen Capture.

Ianya boleh dimuat-turunkan di www.etrusoft.com.

200811121223.jpg

Perkongsian maklumat status tugasan secara online



Yammer merupakan kemudahan untuk perkerja didalam sesuatu organisasi mengetahui apa yang sedang dilakukan oleh pekerja lain secara online.

Apabila terdapat sesuatu projek yang memerlukan penglibatan oleh beberapa pekerja didalam sesuatu masa, status tugasan yang telah mereka lakukan perlu dikongsikan oleh semua pada setiap masa.

Perkongsian melalui email atau Instant Messenger tidak begitu sesuai untuk digunakan bagi mengemaskinikan status secara langsung dan berterusan.

Kini terdapat kemudahan yang membolehkan pengguna berkongsikan status tugasan melalui laman web. Alamat laman webnya adalah www.yammer.com.

Kemudahan ini adalah sama seperti kemudahan yang diberikan oleh twitter.com. Perbezaannya adalah twitter memberikan kemudahan perkongsian untuk sesiapa sahaja, tetapi yammer hanya membenarkan perkongsian untuk individu sesebuah organisasi yang mempunyai alamat email yang sama sahaja.

Pendaftran kepada kemudahan ini adalah percuma, ia hanya memerlukan alamat email syarikat sahaja. Semua pendaftaran yang menggunakan alamat email organisasi yang sama akan dikumpulkan kedalam sebuah kumpulan yang sama, ini dapat memudahkan proses pendaftaran untuk sesuatu organisasi.

Dengan adanya kemudahan ini, kakitangan tidak lagi perlu menghubungi semua kakitangan secara berterusan untuk mengetahui tentang status tugasan yang telah diberikan.

Kemudahan penyimpanan video dari Youtube

Youtube merupakan tempat dimana kebanyakaan video di Internet dihimpunkan. Sehingga kini tidak terdapat kemudahan untuk memuat-turunkan video di youtube.

Sebenarnya video di youtube masih boleh dimuat-turunkan dengan bantuan laman web berasingan. Laman web yang membolahkan kita memuat-turunkan video di youtube adalah www.keepvid.com

Langkah yang pertama sebelum ke laman web ini, anda perlu mengunjungi laman web you tube dan tonton video yang ingin dimuat-turunkan. Setelah video tersebut dijumpai, salin alamat lamanweb tersebut dengan menggunakan arahan Right Click + Copy.

Langkah yang seterusnya adalah dengan mengunjungi laman web www.keepvid.com. Kemudian anda hanya perlu mengeluarkan semuala alamat yang ditaip tadi di lokasi URL dengan menekan butang tetikus sebelah kanan dan memilih Paste.

Tekan butang download dan anda akan diberikan pilihan untuk memuat-turun didalam format flv atau format .mp4. Pilih format .mp4 dengan menekan butang tetikus sebelah kanan dan pilih save as....

Didalam masa beberapa minit bergantung kepada capaian kelajuan internet anda, fail video tersebut akan berada didalam komputer anda untuk ditonton bila-bila masa.

Thumbdrive yang boleh dipasang perisian


Thumbdrive merupakan peralatan yang biasa digunakan untuk menyimpan fail yang boleh dibawa kemana-mana. Kini telah terdapat teknologi yang memberikan kemudahan untuk pengguna bukan sahaja menyimpan fail tetapi untuk memasang perisian secara terus.

Sebelum ini setiap perisian yang terdapat didalam thumbdrive perlulah diInstallkan terlebih dahulu di komputer sebelum ianya boleh digunakan. Ini mungkin akan menyusahkan pengguna jika komputer yang hendak digunakan tidak boleh dipasangkan dengan perisian tambahan.

Dengan adanya kemudahan pemasangan perisian secara terus di thumbdrive, pengguna tidak perlu lagi memasangkan perisian disetiap komputer yang hendak digunakkan.

Namun begitu tidak semua thumbdrive boleh dipasangkan dengan perisian, untuk memasangkan perisian kepada thumbdrive, thumbdrive perlukan kemudahan pemasangan perisian.

Untuk mengetahui samaada sesebuah thumbdrive boleh dipasangkan dengan perisian, semak diatas thumbdrive tersebut untuk logo U3 seperti dibawah.


Untuk maklumat lanjut mengenai jenis-jenis perisian yang boleh dipasangkan yang menyokong kemudahan U3 ini sila layari laman web http://www.u3.com
 

Copyright 2009 All Right Reserved. Crafted by ADIQDIA