Dalam masa yang sama didalam laman web youtube tidak diwujudkan kemudahan untuk penyimpanan video yang telah ditonton. Sebenarnya terdapat beberapa teknik yang boleh kita lakukan untuk menyalin video yang ditonton di youtube ke komputer kita. Satu daripada teknik yang mudah ialah dengan menyalin alamat laman web video yang ditonton dan meletakkannya dilaman web www.videodownloader.net.

Secara otomatik video yang dikehendaki itu akan disalin ke komputer kita. Jangan lupa untuk memuat-turunkan perisian FLV Player didalam laman web yang sama, kerana jika tidak video yang telah dimuat-turunkan tidak boleh dimainkan pula.

