Tukarkan Wallpaper Secara Automatik Dengan John’s Background Switcher

Guna wallpaper yang sama hari-hari pun bosan juga kan. Jadi, gunakan John’s Background Switcher untuk menukarkan wallpaper desktop anda secara automatik.

Anda boleh memilih fail-fail atau folder-folder tertentu yang akan dipaparkan sebagai wallpaper. Selang masa untuk wallpaper bertukar juga boleh ditetapkan.

Pilih gambar yang akan dipaparkan sebagai wallpaper

John’s Background Switcher menyediakan beberapa mod yang menentukan bagaimana gambar-gambar anda dipaparkan. Saya paling suka dengan mod ‘Postcard pile’ yang memaparkan banyak gambar dalam satu wallpaper.


Paparkan gambar dalam mod postcard pile

Anda tidak terhad kepada gambar yang disimpan di dalam komputer sahaja. Malah, John’s Background Switcher boleh mendapatkan gambar secara automatik daripada Facebook, Flickr, Google, dan banyak lagi.

PrintScreen.Me 1.0




Capture the screen and annotate it using a simple toolbar that includes notes, highlighters, and a cropping tool. You can then choose what you want to do with it: send it to Facebook, Twitter, Flickr, Picassa, PrintScreen.Me web storage, email, printer, or simply save it to your desktop to be included in documents. Configuration is done through a centralised website at http://printscreen.me and requires free registration. Registration is performed after installation of the tool.

Operating system:

Windows 2003, Windows Vista, Windows Server 2008, Windows XP, Windows 7
Date added: July 16, 2009
licence : free

download

Kamus Dwibahasa MyKamus

Ada waktunya penggunaan bahasa Inggeris yang jarang didengari membuatkan penulis terkebil² untuk memikirkan maksudnya. Justeru, kamus sangat memainkan peranan penting ketika ini. Antara kamus yang penulis gemari ialah kamus di dalam talian.


Ia lebih menjimatkan masa penulis. Paling penting, jika ditaip satu perkataan yang hendak dicari, kamus ini juga turut memaparkan perkataan lain yang ada hubungkait dengan perkataan asal yang dicari. Perkataan asal tersebut akan ditulis dengan warna merah. Secara tidak langsung, ilmu akan bertambah. Buat masa ini, ia menumpukan pada terjemahan dari English ke Bahasa Melayu dan Bahasa Melayu ke English . Kalau anda memerlukan kamus juga, jangan lupa untuk mencuba MyKamus.

Semak Kelajuan Blog


Pernah atau tidak anda menyemak kelajuan blog milik anda sewaktu ianya hendak dipaparkan. Ada masanya kita merasakan blog kita sudah dibuka dengan pantas tetapi adakah tekaan itu benar?? Untuk memastikan kesahihannya, kita perlu menyerahkan tugas tersebut kepada yang pakar.


Justeru, anda boleh menyemak kepantasan blog anda di Iwebtool. Anda boleh memasukkan sebanyak 10 pautan di dalam satu masa dan tekan butang Check.
 

Copyright 2009 All Right Reserved. Crafted by ADIQDIA