Kemudahan Wiki

Wiki merupakan kemudahan yang membolehkan pengunjung laman web membantu memantapkan laman web yang dikunjunginya. Dengan cara begini maklumat disesebuah laman web akan menjadi lebih bermaklumat dan lengkap.

Tanpa kemudahan Wiki ini, maklumat didalam laman web hanya boleh dikemaskini oleh empunya laman web sahaja. Kemungkinan besar terdapat ketika dimana pengunjung lebih arif mengenai sesuatu topik berbanding dengan empunya laman web tersebut. Dengan kemudahan Wiki pengunjung yang mempunyai pengetahuan yang lebih boleh membantu berkongsikan ilmu mereka secara langusng dengan menambahnya didalam laman web secara terus.

Wiki adalah dari perkataan bahasa Hawai yang bermaksud cepat. Jika sesebuah laman web mempunyai kemudahan Wiki, ianyabermaksud maklumat didalam laman tersebut boleh dikemaskinikan oleh pengunjung itu sendiri dengan lebih cepat.

Kemudahan Wiki ini adalah sesuai jika laman web yang kita wujudkan adalah untuk maklumat umum. Sebagai contoh jika mewujudkan laman web mengenai Kampung kita. Tanpa kemudahan Wiki empunya laman web perlu mendapatkan semua maklumat yang hendak diletakan dilaman web tersebut secara persendirian.

Jika ada pengunjung yang hendak menyumbang, mereka perlulah menghantarkan maklumat itu melalui email dan akan dikemaskinikan oleh empunya laman web tersebut. Ini sememangnya akan mengambil masa yang lebih panjang berbanding dengan konsep Wiki dimana maklumat tersebut boleh dikemasikinikan oleh pengunjung secara terus.

Diantara laman web yang mempunyai kemudahan Wiki adalah www.wikimedia.org. Untuk senarai laman web yang mempunyai kemudahan ini anda boleh mengunjungi laman web berikut http://www.mediawiki.org/wiki/Sites_using_MediaWiki/en




 

Copyright 2009 All Right Reserved. Crafted by ADIQDIA