Mewujudkan kemudahan Wiki didalam laman web sendiri

Kemudahan Wiki adalah kemudahan yang membolehkan maklumat didalam sesuatu laman web dikemaskinikan secara bersama. Konsep Wiki adalah berasaskan konsep Gotong-royong. Jika dahulu konsep gotong-royong digunakan untuk membina rumah, membersihkan kampung, kini konsep gotong-royong telah diperkenalkan didalam alam siber pula.

Kemudahan Wiki boleh diperolehi dengan melanggannya di laman-laman web yang berkenaan. Pemberi kemudahan Wiki ini dipanggil Wikifarm, senarai Wiki farm boleh diakses di http://en.wikipedia.org/wiki/Comparison_of_wiki_farms.

Kebanyakaan Wikifarm memberikan kemudahan Wiki ini secara percuma, percuma dari segi perisian dan percuma dari segi hosting. Satu daripada kemudahan Wikifarm yang boleh digunakan didalam senarai adalah Wikidot.

Kemudahan Wikidot boleh diakses di www.wikidot.com. Langkah pertama untuk mendaptkan kemudahan Wiki melalui Wikidot adalah dengan mendaftarkan diri anda melalui link Create Login.

 

Copyright 2009 All Right Reserved. Crafted by ADIQDIA