10 Sebab kenapa blog anda jarang dikunjungi

1. Blog yang banyak iklan. Ada blog yang banyak meletakkan iklan. Namun, penyusunannya menarik. Tapi apa pula akan jadi jika iklan yang terlalu banyak. Jangan sampai pengunjung mengecap anda sebagai hantu iklan atau sebagainya. Untuk dapatkan pulangan dari Google Adsense, Widgetbuck atau Nuffnang bukan boleh dibuat dalam masa sebulan.
2. Blog yang menipu. Ya, ada blog yang menipu pembacanya. Saya lihat, gaya ini bertambah dari hari ke hari. Apa yang ditipu? Pertamanya isi kandungngan. Tajuknya lain, ceritanya lain. Yang kedua, blog yang mengaktifkan terus melanggan blog dengan email. Saya selalu tertipu dengan blog-blog sebegini. Yang ketiganya, mengubah bebutang komentar ke tempat lain, dan digantikan dengan iklan. Saya paling benci dengan blog begini.

3. Blog yang auto-play siaran radio, lagu atau video. Ya, itu hak anda untuk meletakkan sebarang siaran radio, lagu atau video klip. Ia menyesakkan kepala saya bilamana, saya ingin membaca postingan anda. Bayangkan tiga blog dibuka serentak, dan ketiga-tiganya autoplay lagu. Ditambah pula pengunjung anda memasang perisian Internet Download Manager, bertambah harubiru jawabnya.

4. Blog pemalas. Jenis pemilik blog yang suka copy-and-paste dari karya orang lain. Tak salah nak ambil. Saya pun sama. tetapi pilihlah yang terbaik, letakkan sumber karya tersebut. Jika ada nama penulisnya, letakkan sekali namanya. Ini adalah satu sebab kenapa ada pemilk blog yang tidak aktifkan fungsi right-click. Sebaiknya anda perlu konsisten dalam setiap postingan anda. Contohnya setiap seminggu anda kemaskini blog anda dan membuat postingan minimum 2 kali seminggu.

5. Blog yang tidak kena dengan citarasa semasa pengunjung. Kamu buat blog pasal kesihatan bayi. Ramai atau tidak orang yang akan datang ke blog, jika blognya lebih ke arah kepada kehidupan? Saya kerapkali menerima pelawaan untuk blog-blog sebegini, Saya tak minat, takkan saya nak lawat juga. Sebab itulah ramai pemilik blog lucah dan ala-ala lucah mempunyai pelawat beribu-ribu orang sehari.

6. Pemilik blog yang angkuh. Ada pemilik blog yang angkuh. Mungkin kamu tidak perasan. Ada pemilik blog yang datang sekali dua ke blog kita. Secara automatiknya, sebagai pemilik blog yang baik, kita akan melawat blog mereka pula. Kita cuba beri komen. 20 komen yang kita beri belum tentu 5 komen yang kita akan dapat. Takkan kita sentiasa kena menyembah pada blog mereka. Maaf, saya benci orang sebegini. Nampakkan komen saya di blog kamu?

7. Blog yang saiznya berat. Ini satu lagi masalah. Pemilik blog meletakkan Flash, Javaskrip dan gambar yang belum di resize. Kasihanlah mereka yang capaian internetnya perlahan. Takkan anda hendak membiarkan pembaca setia anda membaca postingan anda dengan mendisablekan javaskrip dan Flash serta kena unload imej yang dipaparkan.

8. Blog yang tidak mempedulikan pembacanya. Sekarang ini, sudah ada budaya terbaru. Mereka bukannya nak sangat komen kamu. Tapi, hanya mahukan trafik dari kedatangan kamu. Zalim sungguh. Hinanya kita dibuatnya.

9. Paparan blog sebesar monitor. Oh, inilah kesilapan pemilik blog yang paling silap dalam dunia ini. Kalau banyak artikel hendak dipaparkan, cuba paparkan apa yang penting sahaja. Dan 2 biji mata pelawat kita hanya tertumpu di tengah-tengah skrin komputer sahaja. Mereka tidak mampu untuk membacanya keseluruhannya kerana masa 'curi tulang' di pejabat mereka tidak boleh dimanfaatkan di blog anda sahaja. Sebaiknya gunakan 70 peratus ruang dalam skrin monitor, selebihnya biarkan dengan hiasan latarbelakang.

10. Template blog yang hambar. Pengunjung yang datang ke blog kita memang tujuan asalnya membaca artikel kita. Dengan template yang sesuai, mereka terus jatuh cinta dengan blog anda. Tapi jika blog kita hanya menggunakan template biasa dan tak pernah pula untuk mengubahnya, anda sama sahaja seperti melepaskan nafsu dengan blog. Sudah guna terus Sign Out, nampak bukan?

Jadi untuk menjadi pemilik blog yang disenangi orang, bacalah tips di atas.

Mengimport kandungan Postingan dan Komentar Blogger ke Wordpress

Mengimport kandungan Postingan dan Komentar Blogger ke Wordpress ( blogmenjerit )




















Pasti ramai yang tak tahu mengenai pekara ini bukan? Katakan anda sudah bosan dengan Blogger dan hendak beralih angin ke Wordpress, mungkin anda ingin mengimport segala kandungan-kandungan ke Wordpress bukan? Anda tak perlu lagi mengimport segala kandungannya secara manual, biarkan Wordpress membuat segalanya hanya beberapa minit. Apa yang penulis kagum adalah komentar-komentar juga diimport sama, nasib tak hilang bukan? Walaubagaimanapun penulis masih setia dengan Blogger.
1. Pastikan anda membuka akaun Blogger anda. Untuk akaun Livejournal dan Typepad juga boleh mengikutinya.

2. Pastikan anda membuka akaun Wordpress anda.


Mengimport kandungan Postingan dan Komentar Blogger ke Wordpress ( blogmenjerit )






3. Pada halaman Dashboard, pilih {Manage} dan seterusnya klik {Import}.


Mengimport kandungan Postingan dan Komentar Blogger ke Wordpress ( blogmenjerit )














4. Pilih akaun yang berkaitan. Jika Blogger, pilih Blogger.


Mengimport kandungan Postingan dan Komentar Blogger ke Wordpress ( blogmenjerit )


5. Untuk memulakan proses import anda wajib memiliki akaun Google. Jika anda mendaftar Blogger menggunakan akaun Google pastinya tiada masalah. Seterusnya klik butang {Authorize}.



Mengimport kandungan Postingan dan Komentar Blogger ke Wordpress ( blogmenjerit )









6. Satu halaman baru akan muncul. Pada Google accounts, sila pilih butang {Grant access}.



Mengimport kandungan Postingan dan Komentar Blogger ke Wordpress ( blogmenjerit )




7. Seterusnya pilih butang {Import} dan tunggu sehingga selesai.



Mengimport kandungan Postingan dan Komentar Blogger ke Wordpress ( blogmenjerit )



8. Setelah selesai pilih butang {Set Authors}. Pada ketika ini, segala kandungan postingan dan komentar telah berjaya di import. Jika ada kegagalan sila tekan butang {Restart} untuk mengimport semula.

Mengimport kandungan Postingan dan Komentar Blogger ke Wordpress ( blogmenjerit )

9. Jika anda mempunyai satu nama pada 1 akaun Blogger, pilih {Save Changes}. Jika anda mempunyai banyak akaun Blogger dan menggunakan banyak nama, pastikan pilih nama yang berkenaan sahaja.

10. Selesai.

Membuat Enjin Pencarian Peribadi

 ( blogmenjerit )



Pernahkah anda ingin memiliki Enjin Pencarian Peribadi? Kali ini anda boleh memiliki Enjin Pencarian Peribadi, konon-kononnya lah. Tulisan logo Google atau Yahoo anda boleh tukarkannya kepada nama pilihan anda. Selain itu juga tulisan-tulisan logo popular juga anda boleh gunakannya seperti Shrek, Matrix ataupun The Lord of The Ring. Anda tak perlu risau, lamanweb ini adalah milik sepenuhnya Google. Maknanya ia adalah Enjin Pencarian milik Google, apa yang ditukar hanya logo sahaja.
Buat Enjin Pencarian Peribadi : http://funnylogo.info/

Bagaimana Penipuan Panggilan Jarak Jauh dilakukan

satu lagi teknik penipuan yang berleluasa di Internet dinamakan Long Distance Scam atau Penipuan Panggilan Jarak Jauh. Didalam kes penipuan Panggilan Jarak Jauh ini ianya mangsa adalah yang mengakses Interenet menggunakan modem.

Teknik penipuan adalah seperti berikut. Apabila kita melawat laman web tertentu terutama sekali laman web, laman web kelas B. Mereka akan mempaparkan dengan bermacam-macam tawaran seperti barangan percuma, hadiah dan macam-macam lagi, apa yang kita perlu lakukan hanyalah menekan butang yang disediakan. Apa yang akan berlaku apabila butang ditekan adalah, sambungan talian yang kita gunakan untuk mengakses Interent akan diputuskan dan perisian akan menggunakan modem untuk mendail no yang telah diprogramkan.

No yang telah diprogramkan ini biasanya adalah no diluar negara dimana ianya adalah no talian permium. Apabila modem mendail no ini semua caj panggilan akan dimasukkan kedalam bila talian telefon kita dan akan dipaparkan kedalam bil dihujung bulan. Jika anak kita atau orang lain yang menggunakan komputer pada masa itu mereka sendiripun mungkin tidak mengetahui yang mereka telah diperangkap.

Jadi jika talian modem kita putus dengan tiba-tiba dan mendail semula secara automatik, kita perlulah rasa syak dan dapatkan khidmat pakar untuk memeriksa mungkin terdapat perisian yang telah diletakan didalam komputer kita dengan tujuan untuk melakukan Penipuan Panggilan jarak Jauh.

Banyak diantara mangsa telah mempertikaikan caj-caj yang diterima dan telah enggan membayar caj yang dikenakan. Didalam kes-kes yang terkini yang dibawa ke mahkamah untuk tujuan pengadilan, mahkamah telah memutuskan bahwa pengguna terpaksa membayar caj yang dikenakan.

Jadi sebagai pengguna kita perlulah berhati-hati apabila menggunakan teknologi, jangan jadi perumpamaan moden sekarang, sudah jatuh ditimpa keyboard.
 

Copyright 2009 All Right Reserved. Crafted by ADIQDIA