Membaca laman web di telefon bimbit

Laman web kebanyakaannya diwujudkan untuk dibaca melalui komputer, walaupun kebanyakaan telefon bimbit telah boleh mengakses Internet namun ianya masih tidak boleh membaca laman web didalam format yang asal.

Ini adalah disebabkan kebanyakaan telefon bimbit hanya membenarkan internet dilayari didalam bentuk WAP.

Laman WAP merupakan laman yang dihasilkan untuk dilayari menggunakan telefon bimbit, ianya adalah lebih efisyien jika dibandingkan dengan laman web. Ini adalah kerana laman WAP adalah bersaiz lebih kecil berbanding dengan laman WEB.

Namun kebanyakaan laman web yang dihasilkan tidak mempunyai kemudahan WAP. Tetapi kini telah terdapat kemudahan untuk mengubah laman WEB ke laman WAP secara automatik.

Untuk mengakses kemudahan ini anda hanya perlu menaip www.google.com/m di telefon bimbit dan masukkan alamat laman web yang hendak diubah.

Secara automatik enjin pencari google akan membaca laman web yang disertakan dan laman web tersebut akan diubah kepada bentuk WAP dan dipaparkan di telefon bimbit
 

Copyright 2009 All Right Reserved. Crafted by ADIQDIA