Mengaktivkan kemudahan email di telefon bimbit

Kemudahan mengakses email telah boleh dilakukan menggunakan kebanyakaan telefon bimbit. Namun pengunaan email di telefon bimbit tidak banyak digunakan kerana terdapat settings-settings yang perlu dimasukkan tidak diketahui oleh pengguna.

Terdapat dua maklumat penting yang perlu diketahui oleh pengguna untuk membolehkan email diakses dan dihantar dari telefon bimbit. Pertama, alamat server penerima email anda atau POP Server, kedua alamat email penghantaran atau SMTP server.

Alamat kedua-dua email server ini boleh diperolehi dengan melihat alamat email tersebut. Jika alamat email anda adalah abc@syarikat.com.my maka alamat email untuk incoming server kemungkinan besar adalah pop.syarikat.com.my.

Untuk alamat sever penghantar pula ianya mungkin adalah smtp.syarikat.com.my.

Maklumat ini adalah maklumat email server secara umum. Terdapat kemungkinan dimana alamat incoming dan sending server adalah berlainan daripada yang dinyatakan. Hubungi Pegawai yang bertanggungjawab disyarikat anda untuk maklumat lanjut.
 

Copyright 2009 All Right Reserved. Crafted by ADIQDIA