Untuk mengetahui no IP sambungan ke Internet, anda bolehlah kunjungi laman web ini: www.whatismyip.com Laman web ini membolehkan anda mengetahui no IP yang diberikan oleh syarikat pembekal. No IP ini akan digunakan dan di rekodkan setiap kali anda melakukan aktiviti di Internet. Aktiviti seperti menghantar email, membaca laman web.
Walaupun no IP ini berubah-ubah ianya boleh dikesan dengan mudah oleh syarikat pembekal. Oleh itu kita perlulah berhati-hati apabila menghasilkan Blog, menghantar email dan sebagainya, ini adalah kerana dengan adanya no IP ini identiti mereka yang melakukan aktiviti di Internet boleh dikesan.
