Mengakses lirik lagu secara online di www.lyricsoncall.com

Lirik merupakan sebahagian dari komponen sesuatu lagu. Kadangkala kita ada lagu tetapi tidak liriknya.

Kini anda boleh mengakses lirik-lirik lagu secara online di www.lyricsoncall.com

IM (Instant Messenger) di telefon bimbit

200805130751.jpg

Selain daripda email dan laman web, satu lagi kemudahan yang popular dikalangan pengguna Internet adalah Instant Messanger. Terdapat beberapa Instant Messenger yang boleh digunakan. Diantaranya adalah Yahoo, Windows Messenger, Google Talk, Skype dan Jabber. Selain daripada berkomunkasi melalui Instant Messenger secara langsung. Kini juga terdapat kemudahan seperti Instant Messenger tetapi mesej akan dipaparkan dilaman web seperti MySpace dan juga Facebook.

Jika sebelum ini Instant Messenger hanya boleh diakses melalui komputer kini, oleh kerana telefon bimbit juga telah mempunyai kemudahan Internet, IM telah boleh diakses melalui telefon bimbit.

Memasang perisian IM di komputer tidak menimbulkan masaalah, tetapi apabila memasang IM di telefon bimbit kesulitan akan bermula. Diantara masaalah yang mungkin dihadapi adalah:

1. Kemudahan tidak disokong di telefon bimbit

2. Kekurangan memori untuk memasang semua perisian

3. Sukar untuk berkomunikasi kerana terlampau banyak perisian yang perlu digunakan serentak.

Kini terdapat kemudahan yang boleh dipasang di telefon bimbit untuk membolehkan pengguna mengatasi masalah yang disenaraikan. Kemudahan tersebut adalah Nimbuzz, boleh diakses di www.nimbuzz.com. Untuk memuat-turunkan perisian ini ke telefon bimbit, pengguna boleh menghantar SMS,

KNL NIMBUZZ ke DAPAT|32728.

200805130737.jpg

Merakam laman web melalui www.iterasi.net

Laman web merupakan media yang sentiasa berubah kandungannya, tidak seperti media cetak yang kandungannya akan dipegunkan selepas ianya dicetak. Jika sesebuah laman web hendak disimpan sebagai rujukan pengguna bolehlah menggunakan kemudahan penyimpanan fail melalui arahan Save Page As .... dan kemudian memilih Format sebagai Webpage Complete. Arahan ini akan menyimpan laman web tersebut didalam bentuk digital berserta dengan imej yang terdapat didalam laman web tersebut.


Kini terdapat kemudahan yang membolehkan pengguna merakamkan kandungan mukasurat laman web sama seperti kaedah Save Page As.. tetapi ianya lebih efisyen kerana laman web yang dirakamkan akan disimpan secara On-Line.

Kemudahan ini boleh diperolehi di www.iterasi.net. Apa yang perlu dilakukan adalah dengan mendaftar secara percuma di laman web ini. Langkah seterusnya adalah memuat-turunkan perisian tambahan kepada browser samaada Firefox atau I.e.

Setelah Ads-On ditambah ikon baru akan muncul sebagai Task-Bar di atas laman web yang sedang dipaparkan.


200805120757.jpg




ntuk menyimpan laman web yang sedang dipaparkan pengguna hanya perlu menekan ikon N yang secara automatik akan menyimpan laman web yang dipaparkan didalam bentuk HTML secara on-line.


200805120759.jpg

Memantau laman web secara automatik melalui updatescanner

Proses pemantauan laman web secara manual semestinya akan mengambil masa yang panjang. Untuk kebanyakaan laman web atau blog proses pemantauan ini boleh dipermudahkan dengan menggunakan kemudahan RSS. RSS merupakan kemudahan langganan laman web yang boleh dilakukan secara automatik. Dengan kemudahan RSS, pengguna hanya perlu meletakkan alamat laman web yang hendak dipantau didalam perisian pembaca RSS. Diantara perisian yang boleh membaca RSS adalah seperti Feedreader atau netvibes.

Bagaimana pula laman web yang dibangunkan sendiri yang tidak mempunyai kemudahan RSS? Anda tidak perlu bimbang kerana terdapat perisian yang juga membolehkan anda memantau sesebuah laman web walaupun ianya tidak mempunyai kemudahan RSS.

Perisian ini menggunakan kaedah bacaan kod html dengan membuat perbandingan setiap 30 minit. Jika terdapat perbezaan diantara kod yang terdahulu maka ini menunjukkan laman web tersebut telah dikemaskinikan.

Kemudahan ini dinamakan updatescanner https://addons.mozilla.org/firefox/addon/3362 ianya merupakan perisian yang dikatogerikan sebagai Add-Ons untuk Firefox.

1.Setelah anda memuat-turun dan memasang perisian ini, anak panah akan muncul disebelah kanan bawah perisian firefox


200804280758.jpg



2.. Untuk memantau sesebuah laman web, klik butang kanan tetikus.

200804280759.jpg

3. Setkan berapa kerap proses pemantauan perlu dilakukan.



200804280759.jpg

4. Apabila terdapat perubahan kepada laman web yang dipantau, ikon Update Scanner akan muncul di sebelah kanan skrin.

200804280806.jpg

5. Apabila laman web yang dipantau dikunjungi, maklumat yang baru dikemaskinikan akan diwarnakan dengan warna kuning.

200804280806.jpg

Memahami konsep domain (alamat laman web di Internet)

Alamat laman web merupakan teknik dimana sesebuah laman web boleh diakses dengan menggunakan alamat yang mudah untuk diingati. Alamat laman web juga dikenali sebagai domain name.

Jika alamat surat menyurat di kawal oleh organisasi seperti POS Malaysia siapa pula yang mengawal pendaftaran alamat laman web? Alamat-alamat laman web diseluruh dunia dikawal oleh sebuah organisasi yang dinamakan ICANN singkatan untuk Internet Corporation for Assigned Names and Numbers.

ICANN merupakan sebuah organisasi yang memastikan tidak ada pertindidihan diantara pendaftaran nama laman web-laman web diseluruh dunia. Untuk mendaftarkan alamat laman web yang memberikan kemudahan pendaftaran .com anda boleh menggunakan kemudahan pendaftaran seperti di www.easyspace.com atau www.godaddy.com.

Kos pendaftaran bergantung kepada pihak yang melakukan proses pendaftaran tersebut. Untuk nama yang tidak popular ianya mungkin bermula dari USD10 kepada USD20.

Apabila proses pendaftaran dilakukan ianya akan diletakan secara sementara diserver pembekal, server ini dinamakan DNS server. Setiap pembekal kemudahan pendaftaran alamat laman web biasanya akan memberikan kemudahan ini yang juga dikenali sebagai domain parking secara percuma. Ini bermakna anda boleh mendaftar untuk mendapatkan domain anda sendiri tanpa perlu mewujudkan laman web terlebih dahulu.


200804220750.jpg

www.mynic.n




200804220753.jpg

Kemudahan mewujudkan borang didalam laman blog

Kemudahan laman Blog memberikan peluang kepada pengguna untuk berkongsikan maklumat di Internet tanpa perlu mempelajari kod-kod teknikal yang sukar. Laman Blog memberikan kemudahan kepada penulis untuk berkongsikan maklumat dengan cara yang lebih mudah tanpa perlu menghasilkan laman web.

Kebanyakaan laman Blog mempunyai kemudahan komen yang boleh menerima maklum-balas daripada pengunjung, namun, adakalanya pemilik laman Blog memerlukan maklumbalas yang lebih sistematik seperti pengisian borang maklumat.

Menghasilkan borang di Internet adalah satu perkara yang sukar kerana, terdapat dua bahagian yang perlu disempurnakan, bahagian pertama, penghasilan borang itu sendiri atau Form, dan kedua penyimpanan maklumat yang telah diberikan oleh pengunjung (database).

1. Penghasilan borang (Form)

Borang yang hendak dipaparkan perlu dihasilkan menggunakan kod HTML, kod HTML ini perlulah menyokong pelbagai jenis maklumat yang hendak disampaikan, setiap ruang yang hendak diisikan oleh pengunjung dinamakan Field, terdapat pelbagai jenis field yang terdapat didalam sesuatu borang.

Text field - ruang untuk menerima maklumat didalam bentuk teks

Imej field - ruang untuk menerima imej

Multiple choice field - teknik yang membolehkan pengguna memilih pilihan jawapan yang telah disediakan.

2. Penyimpanan maklumat (database)

Apabila seseorang pengunjung telah siap mengisikan maklumat melalui borang atau Form dan mereka menekan butang Submit, maklumat yang telah diisikan perlulah disimpan didalam database. Kemudahan Database secara online perlu diwujudkan sebelum maklumat yang telah diambil boleh disimpan.

Masaalah-masaalah teknikal didalam proses penghasilan borang ini telah membataskan proses pengumpulan data oleh penghasil laman web. Namun masaalah tersebut telahpun selesai dimana kini terdapat kemudahan penghasilan borang dan penyimpanan.

Kemudahan tersebut boleh diperoleh di www.wufoo.com


200804210726.jpg

Kemudahan langganan laman web melalui feedreader

200804091225.jpg







Feedreader di www.feedreader.com merupakan perisian yang membolehkan pengguna melanggan laman blog dan laman web yang mempunyai kemudahan RSS (Really Simple Syndication)

Setelah Feedreader dimuat-turunkan anda hanya perlu memasukkan alamat laman web yang hendak dilanggan didalam ruang yang disediakan. Perisian Feedreader akan menyemak kandungan yang terdapat didalam sesebuah laman blog tersebut pada setiap 30 minit. Jika terdapat maklumat terkini yang telah dikemaskinikan oleh laman blog tersebut ianya akan dimuat-turun secara automatik kedalam perisian Feedreader untuk dibaca oleh pengguna.

Dengan pengunaan perisian langganan laman web ini pengguna tidak lagi perlu mengunjungi laman web tersebut untuk mengetahui samaada terdapat maklumat terkini atau tidak didalam laman web tersebut dan pengguna juga boleh membaca laman-laman web yang dilanggan walaupun tidak ada sambungan internet. (bergantung kepada setting didalam laman web tersebut)

Jika laman web yang dilanggan tidak boleh dilanggan secara automatik dengan menggunakan alamat laman web tersebut, anda perlulah mencari maklumat langganan melalui kemudahan ikon RSS yang terdapat didalam laman web tersebut.

Contoh ikon RSS :



200804091235.jpg





Apa yang perlu dilakukan adalah tekan diatas ikon XML, klik disebelah kanan dan salin alamat yang terdapat didalam ikon tersebut, kemudian pastekan alamat tersebut didalam perisian Feedreader untuk memulakan langganan. Alamat yang anda langgan kemungkinan kelihatan seperti ini - http://www.news.com/2547-1_3-0-20.xml?tag=pre_ft



200804091253.jpg

Kemudahan berchatting didalam telefon bimbit

Kemudahan Chat merupakan satu kemudahan pilihan pengguna Internet selain daripada email dan juga melayari laman web. Kebanyakaan kemudahan Chatting atau Instant Messenger ini memerlukan pengguna berada di Internet dan menggunakan komputer. Jarang terdapat kemudahan yang membolehkan pengguna mengakses kemudahan Chat melalui telefon bimbit tanpa memuat-turunkan apa-apa perisian.

Kini telah ada kemudahan Chating yang membolehkan pengguna menggunakan perisian WAP didalam telefon bimbit untuk kemudahan chatting didalam telefon bimbit. Kemudahan ini boleh diakses di m.heysan.com. Dengan kemudahan ini pengguna boleh memilih untuk mengkses menggunakan MSN, AIM, ICQ, Yahoo Messenger atau GoogleTalk.

Untuk maklumat lanjut mengenai kemudahan ini bolehlah ke laman webnya di www.heysan.com
 

Picture 2.png

Penipuan melalui teknologi - pencurian identiti

Pada segmen yang lepas kita ada beberapa kali membincangkan mengenai penipuan melalui teknologi. Penipuan melalui teknologi adalah amat berleluasa sekarang, bermula dengan penipuan melalui SMS, penipuan melalui perbankan Internet dan yang terkini adalah penipuan melalui kombinasi perbankan Internet dan SMS.

Terdapat juga pelbagai penipuan yang tidak melibatkan maklumat kewangan secara langsung, tetapi ianya boleh menyebabkan pencurian identiti. Kecurian identiti ini boleh dilakukan dengan proses penyamaran dimana penghantar mengkehendaki pengguna memberitahu nama pengenalan dan kata laluan keatas kemudahan yang mereka langgani.

Apabila pencuri dapat mencuri identiti mangsanya, mereka boleh menggunakan kemudahan tersebut untuk membuat penyamaran di Internet. Diantara identiti yang sering menjadi sasaran pencuri identiti adalah katalaluan email terutamanya untuk alamat email yang diberikan oleh syarikat dan organisasi yang besar.

Bagaimana hendak mengetahui yang kandungan email yang diterima itu merupakan satu penipuan? Cara yang paling mudah adalah mengenai gaya bahasa yang diberikan, kebanyakan penipuan adalah didalam Bahasa Inggeris, jadi jika anda menerima email yang berbahasa Inggeris dari rakan yang jarang menghantar email menggunakan bahasa Inggeris ini menunjukkan kandungan tersebut tidak dihantar oleh rakan anda.

Penipuan juga boleh dilakukan melaui Instant Messenger dan juga Iklan sisi. Jika anda menerima sapaan melalui Instant messenger jangan dilayan, ataupun lebih parah, mula menghantar pertanyaan. Si penipu ini mempunyai banyak pengalaman untuk merayu mangsa supaya termakan akan pujuk rayu mereka.

Mengukur kelajuan sambungan Internet

Kelajuan Internet diukur mengikut berapa banyak maklumat dapat dipindahkan dari server ke komputer. Lebih laju sambungan Internet lebih cepat maklumat dapat dipindahkan. Kelajuan Internet diukur menggunakan kaedah kbps iaitu kilobit per seconds atau kilobit sesaat.


Kbps menunjukkan berapa bayak maklumat boleh dipindahkan didalam masa satu saat. Jika sambungan Internet kita adalah 1 kbps, ini menunjukkan kadar pemindahan maklumat adalah 1,000 bit sesaat.


Oleh kerana 1 huruf mewakili 8 bit maka 1,000 bit adalah lebih kurang 128 huruf. Pemindahan 128 huruf sesaat memang lah tidak banyak. Sebab itu kelajuan Internet yang dibekalkan adalah didalam lingkungan 100 kbps keatas. Dengan kelajuan 100kbps (100,000 bit), sambungan dapat memindahkan 12,800 huruf sesaat.


Namun pengguna Internet sekarang tidak hanya memuat-turunkan teks sahaja, mereka memuat-turunkan gambar, lagu dan juga video, jadi kelajuan Internet sekarang telah meningkat ke tahap Mbps iaitu Mega bit per second. Kelajuan pada kadar 1 Mbps (1,000,000 bits) boleh memindahkan sebanyak 128,000 huruf sesaat.


Oleh kerana saiz fail biasanya diukur dengan kadar Byte, bukan bit maka untuk menukarkan byte kepada bit anda perlu mendarabkan bit dengan 8. Contoh mudah 1 MB fail yang dipindahkan melalui sambungan 56 kbps akan mengambil masa selama 2 minit 29.8 saat. Untuk memudahkan pengiraan anda boleh melayari laman web http://www.t1shopper.com/tools/calculate/downloadcalculator.shtml



Picture 3.png



Untuk anda mengukur kelajuan sesuatu sambungan pula anda boleh menggunakan kemudahan di laman web ini: http://www.speedtest.net/

Kemudahan mewujudkan portal persendirian www.netvibes.com

Web portal atau gerbang web merupakan konsep dimana pelbagai maklumat boleh diakses didalam satu tempat didalam satu laman web.

Dahulu portal diwujudkan oleh syarikat pembekal kemudahan seperti Yahoo, Google dan sebagainya. Kini kebanyakaan pengguna telah mula ingin mewujudkan portal mereka sendiri.

Ini adalah kerana kehendak setiap pengguna mengenai maklumat yang mereka inginkan berbeza-beza diantara satu sama lain.

Kini terdapat kemudahan yang memberikan peluang kepada pengguna untuk melanggan pelbagai maklumat yang akan dipaparkan didalam portal persendirian mereka.

Alamat laman web dimana kemudahan portal persendirian ini boleh diwujudkan adalah di www.netvibes.com . Netvibes memberikan kemudahan kepada pengguna untuk menambah maklumat dari pelbagai sumbar mengikut keperluan individu.

Netvibes memberikan peluang kepada pengguna untuk mewujudkan kemudahan Portal dengan cara yang paling mudah. Setiba sahaja di laman web netvibes, secara automatik portal persendirian pengguna telah tersedia. Maklumat seperti cuaca, langganan berita dari Google juga akan dipaparkan.

Unuk menambah maklumat pengguna hanya perlu memilih arahan add content disebelah kiri atas laman web netvibes, kemudian memilih add a feed, dan masukkan alamat laman web yang diinginkan.

Untuk menyimpan maklumat yang telah ditambah, pengguna dinasihatkan supaya mendaftar dengan memasukkan alamat email dan kata laluan.

Netvibes juga boleh digunakan untuk memantau maklumat terkini yang terdapat didalam sesebuat laman web dengan cara lebih mudah.

Maklumat yang telah dilanggan boleh juga disusun dengan mudah melalui kaedah drag and drop.

Netvibes juga menyadiakan kemudahan perisian sampingan yang dipanggil Widget turut disediakan. Terdapat lebih 100 ribu widget yang boleh melakukan pelbagai tugasan turut di sediakan.

Memahami alamat laman web .mobi

Internet telah boleh diakses melalui telefon bimbit, namun kebanyakaan laman web yang wujud tidak menyesuaikan laman web yang dihasilkan untuk telefon bimbit.

Terdapat juga laman web yang menyesuaikan kandungan kepada telefon bimbit secara otomatik. Namun kebanyakaan laman masih tidak melakukan perubahan ini.

Untuk pengguna yang cuba mengakses sesebuah laman web yang tidak diubah suai melalui telefon bimbit, ianya boleh meningkatkan kos dan masa.

Kini telah wujud initiatif yang dilakukan untuk membolehkan samaada sesebuah laman web tersebut dihasilkan khas untuk telefon bimbit atau tidak.

Iniatif ini dinamakan dotMobi. Initiatif dotMobi ini diwujudkan dengan mendaftarkan TLD (top level domain) untuk laman web yang khusus untuk telefon bimbit.

Dengan adanya TLD .mobi ianya memudahkan pengguna mengetahui laman web yang akan mereka akses memang telah disesuaikan untuk telefon bimbit.

Contoh laman web yang telah disesuaikan untuk telefon bimbit adalah www.dapat.mobi


Pendaftaran .mobi walaubagaimanapun tidak akan mengubah kandungan sesebuah laman web secara automatik kepada laman web versi tel bimbit. Pengubahan rupaletak dan kandungan yang mesra telefon bimbit masih perlu dilakukan secara manual.

Pengawalan kemudahan perayauan

Telefon bimbit merupakan peralatan yang penting untuk tujuan berkomunikasi. Telefon bimbit bukan sahaja kini boleh digunakan didalam negara, kini ianya boleh digunakan dimana-sahaja asalkan negara tersebut menggunakan teknologi yang sama iaitu teknologi GSM.

Kemudahan yang membolehkan telefon bimbit yang sama dengan nombor yang sama digunakan dinegara lain dinamakan kemudahan perayauan.

Bagi pengguna yang menggunakan kemudahan Pra-bayar atau prepaid. Kemudahan perayauan telah diaktifkan secara automatik. Untuk pelanggan Pasca-bayar atau Post-paid pula, mereka perlu mengaktifkannya dengan mengunjungi syarikat. Pembekal.

Perlu diingatkan apabila pengguna berada diluar negara dan telah mengaktifkan perayauan, setiap panggilan yang diterima akan dibayar oleh pengguna yang menerima panggilan. Ini berbeza dengan panggilan biasa dimana pemanggil yang akan dikenakan bayaran, bukannya pemanggil.

Namun begitu adakalanya pengguna secara tidak sengaja ditukarkan kedalam mode perayauan walaupun masih berada di Malaysia. Ini mungkin terjadi jika mereka berada berdekatan dengan negara jiran.

Untuk menghalang ini dari berlaku, pengguna bolehlah mengarahkan supaya pencarian network dilakukan secara manual.

Arahan untuk itu boleh dilakukan didalam arahan Settings di menu Network.

Teknik pemasangan peralatan USB yang betul

USB adalah dari singkatan perkataan Universal Serial Bus. Ianya diwujudkan untuk memudahkan pelbagai peralatan disambungkan kepada komputer.
USB berbeza daripada serial atau printer port kerana ianya boleh membekalkan tenaga letrik kepada peralatan. Selain daripada itu port USB boleh disambungkan kepada peralatan USB yang lain hanya dengan menggunakan satu port USB di komputer utama.
Didalam pemasangan peralatan USB perkara yang pertama yang perlu diikuti adalah, jangan pasangkan peralatan USB tanpa memasang USB driver peralatan tersebut terlebih dahulu. Ini akan mengakibatkan peralatan tersebut tidak boleh digunakan selepas itu.
Jadi berhati-hati apabila kita mempunyai peralatan USB yang baru dibeli.

Terjemahan tulisan rumi kepada tulisan Jawi

Tulisan jawi merupakan tulisan asal bangsa Melayu. Namun ramai daripada orang Melayu tidak boleh menulis Jawi. Kini terdapat laman web yang boleh membantu pengguna yang tidak arif menulis jawi, menghasilkan tulisan jawi dengan menaip tulisan rumi.

Alamat laman web untuk kemudahan ini adalah http://www.ejawi.net/converter.php?go=rumi

Pengunjung hanya perlu menaip ayat didalam tulisan rumi di bahagaian yang disediakan, tekan diatas butang terjemah, dan hasil terjemahan ayat didalam tulisan jawi akan dapat dilihat dibahagian bawah.

Langkah yang seterusnya adalah untuk menyalin tulisan jawi yang telah dihasilkan dan diletakan didalam perisian lain seperti email atau Word Processor.

Mengawal senarai perisian semasa proses start-up

Setiap kali sesuatu perisian didalam katogeri Perisian Utiliti dipasang di komputer, kemungkinan besar ianya akan disetkan untuk dimulakan secara automatik apabila komputer dimulakan. Walaupun kemudahan memulakan perisian secara automatik ini memudahkan pengguna, namun ianya akan memanjangkan masa untuk komputer dimulakan. Lebih-lebih lagi jika perisian tersebut tidak lagi diperlukan.

Kebanyakaan perisian yang dimulakan secara automatik ini boleh dilihat didalam kawasan System Tray, disebalah kanan bawah Task Bar . Jika banyak perisian yang telah dimulakan maka akan panjanglah senarai ikon didalam System Tray sesebuah komputer itu.

Sebenarnya terdapat kemudahan dimana kita boleh mengawal perisian-perisian yang muncul didalam senarai System-Tray daripada dimulakan secara automatik semasa komputer dimulakan. Untuk mengakses kemudahan pengawalan perisian yang muncul didalam System Tray, ikuti langkah berikut:

1. Pilih Menu Start > Run > Taip: MSCONFIG

2. Pilih Tab > Startup
3. Klik diatas perisian yang kita tidak ingin dimulakan secara automatik apabila komputer dimulakan. Tekan OK setelah selesai.
4. Untuk pilihan terkini diaktifkan, komputer anda perlu dimulakan sekali lagi. Tekan restart.
5. Mesej peringatan akan dipaparkan setiap kali anda memulakan komputer anda setelah senarai diubah.
6. Jika anda ingin mengubah senarai perisian semula, ualngi langkah seperti diatas.

Setelah anda memendekkan senarai perisian yang akan dimulakan apabila komputer dihidupkan, anda akan dapati komputer anda akan boleh digunakan semula dengan lebih cepat berbanding dari sebelum ini, ianya juga akan mengurangkan pengunaan memori, seterusnya akan membolehkan komputer anda beroperasi dengan lebih efisyien.

Menjadikan WebCam sebagai CCTV

Sejak akhir-akhir ini kita sentiasa mendengar mengenai kes-kes kecurian yang dapat diselesaikan dengan menggunakan kemudahan CCTV. CCTV adalah dari singkatan perkatan Close Circuit TV atau System TV Litar Tertutup.

Apabila kita membicarakan mengenai kemudahan CCTV biasanya ianya hanya dipasang di bank, pejabat dan kedai-kedai sahaja. Namun kini teknologi telah membolehkan pengguna memasang CCTV dipasang di rumah masin-masing.

Satu daripada cara termurah untuk memasang CCTV dirumah adalah dengan menggunakan kemudahn Webcam dan perisian yang sesuai. Webcam adalah kemudahan yang biasanya digunakan untuk melakukan sidang video. Webcam biasanya tidak dibekalkan dengan perisian untuk menjadikannya sebagai CCTV, ianya tidak boleh merakam pergerakan secara automatik.

Untuk menjadikan Webcam sebagai CCTV kita perlu tambahkan perisian yang sesuai. Diantara perisian yang boleh kita gunakan adalah Crime Catcher, ianya boleh dimuat-turun di

http://www.crime-catcher.com/


 

Copyright 2009 All Right Reserved. Crafted by ADIQDIA