Menggunakan kemudahan Bluetooth

Bluetooth merupakan kemudahan perhubungan tanpa wayar jarak dekat yang diguna pakai di kebanyakaan telefon bimbit.

Bluetooth menggunakan teknologi radio di frekunsi 2.4 GHz. Bluetooth diwujudkan untuk membolehkan telefon bimbit disambungkan kepada komputer dengan cara yang lebih mudah.

Bluetooth mempunyai jarak operasi sejauh 10 meter dan boleh memindahkan maklumat dengan kelajuan 1 Mbps.

Untuk menggunakan kemudahan Bluetooth di telefon bimbit, telefon bimbit kita perlulah ada kemudahan tersebut semasa kita membelinya. Bluetooth tidak boleh ditambah sebgai kemudahan tambahan di telefon bimbit, tetapi ianya boleh ditambah di Komputer dengan membeli peralatan yang dinamakan “Bluetooth Dongle”

Kemudahan Bluetooth bukan sahaja boleh memindahkan fail diantara telefon bimbit dan Komputer, ianya juga boleh digunakan untuk kemudahan “Hands Free” ditelefon bimbit tanpa menggunkaan wayar.
 

Copyright 2009 All Right Reserved. Crafted by ADIQDIA