LunaScape5: Pelayar Web Baru

Bila sebut Internet, mesti adegan seperti Firefox, Opera, Safari, Internet Explorer terpampang di kepala. Baru-baru ini LunarScape melancarkan pelayar terbaru mereka.

baru baru ini LunarScape melancarkan pelayar terbaru mereka.




Lunascape5 adalah gabungan 3 enjin; Trident + Gecko + Webkit

* IE menggunakan Trident
* Firefox menggunakan Gecko
* Chrome dan Safari menggunakan Webkit

Pada mulanya, saya sendiri agak terperanjat mendengarkan gabungan ke 3-3 enjin ini, sebab saya tahu mesti lagi lambat sebab halaman web mestilah di-render sebanyak 3 kali. Terbukti saya salah.



Menurut benchmark yang dilakukan, Lunascape5 mengalahkan pelayar-pelayar lain dengan mudah.

Kemudahan lain juga tidak diketepikan juga, seperti kemudahan untuk bookmark, menyimpan kata laluan dan sebagainya. Lunascape5 juga turut menyediakan kemudahan untuk pembina laman web.




Tak guna cerita saja, apa kata cuba dahulu. Muat turun di halaman Lunascape5

10 cara melajukan capaian internet anda

1. Defaultkan wallpaper anda, biarkan kosong. Bagi Windows 98/ME/2K/, default wallpaper ialah warna biru muda.Bagi Windows XP tidak dapat ditukar kerana wallpaper defaultnya ialah gambar Bliss. Jika gunakan wallpaper, terutamanya yang berwarna-warni ia akan membuatkan PC anda lagging semasa melayari laman web.

2. Klik Start/Run dan taip msconfig. Klik pada bahagian Startup dan uncheck software yang anda fikir anda tidak mahu keluar pada masa anda start komputer anda.Semakin kurang yang keluar pada startup anda semakin lajulah proses permulaan komputer anda dan melajukan loading site didalam internet.

3. Kurangkan atau jangan run software yang terlalu berat seperti Microsoft Word semasa melayari internet, kalau anda ingin full acceleration semasa melayari internet jangan buka software yang lain seperti satu lagi window bagi internet explorer, ini akan melambatkan internet anda.

4. Clearkan segala benda yang terdapat didalam Recycle Bin anda sebelum menyambungkan connection anda ke internet. Tidak lupa juga History anda dan Records. Klik Start/Settings/ Taskbar and Start Menu/Advanced dan klik Clear.

5. Apabila anda connected daripada internet lebih daripada dua jam, restart computer anda dan reconnect kembali. Jika anda terus melayari internet connection anda ke server akan mula drop dan anda akan mula terasa data/connection anda mula menjadi perlahan.

6. Jika anda menggunakan dial up dan menggunakan modem internal/external jangan lupa untuk update driver anda setiap 2 bulan untuk memastikan segala information hardware anda diupdate kerana selalunya driver yang anda dapat daripada CD adalah tidak updated atau yang menggunakan versi lama, justeru itu anda haruslah mendapat update file yang updated daripada site manufacturer modem tersebut.

7. Pada pengguna Internet Explorer, klik ikon Internet Explorer di Desktop dan klik Properties,Klik di bahagian Advanced dan scroll down ke bahagian Multimedia, untick bahagian yang tertulis Play animations, Play sounds, Play videos, Show pictures, Smart image dithering. Selepas ini anda tidak perlulah terkejut apabila anda melayari apa-apa site jika mendapati site itu tidak memaparkan sebarang gambar/flash/ videos kerana yang ada hanyalah perkataan kerana anda telah set untuk tidak download sebarang gambar jadi ia akan melajukan internet anda semasa loading site.

8. Kemudian Klik Start/Settings/ Control Panel/Network, di bahagian Configuration klik 2X di Dial-Up Adapter dan klik pula Advanced. Klik IP Packet Size dan dibahagian Value pilih Large dan dibahagian seterusnya Record a log file pilih No…Klik Ok dan Ok sekali lagi dan restart komputer anda.

9. Pastikan komputer anda sentiasa berada didalam keadaan yang baik setiap masa,connection akan drop jika komputer anda bermasalah seperti dijangkiti virus.

10. Jangan install game didalam PC anda walaupun mempunyai hard disk yang besar.Biarkan ruang yang lebih untuk swap file semasa anda surfing kerana file yang banyak didalam hard disk anda akan buat komputer lebih kerap hang/jam etc

Tukarkan Wallpaper Secara Automatik Dengan John’s Background Switcher

Guna wallpaper yang sama hari-hari pun bosan juga kan. Jadi, gunakan John’s Background Switcher untuk menukarkan wallpaper desktop anda secara automatik.

Anda boleh memilih fail-fail atau folder-folder tertentu yang akan dipaparkan sebagai wallpaper. Selang masa untuk wallpaper bertukar juga boleh ditetapkan.

Pilih gambar yang akan dipaparkan sebagai wallpaper

John’s Background Switcher menyediakan beberapa mod yang menentukan bagaimana gambar-gambar anda dipaparkan. Saya paling suka dengan mod ‘Postcard pile’ yang memaparkan banyak gambar dalam satu wallpaper.


Paparkan gambar dalam mod postcard pile

Anda tidak terhad kepada gambar yang disimpan di dalam komputer sahaja. Malah, John’s Background Switcher boleh mendapatkan gambar secara automatik daripada Facebook, Flickr, Google, dan banyak lagi.

PrintScreen.Me 1.0




Capture the screen and annotate it using a simple toolbar that includes notes, highlighters, and a cropping tool. You can then choose what you want to do with it: send it to Facebook, Twitter, Flickr, Picassa, PrintScreen.Me web storage, email, printer, or simply save it to your desktop to be included in documents. Configuration is done through a centralised website at http://printscreen.me and requires free registration. Registration is performed after installation of the tool.

Operating system:

Windows 2003, Windows Vista, Windows Server 2008, Windows XP, Windows 7
Date added: July 16, 2009
licence : free

download

Kamus Dwibahasa MyKamus

Ada waktunya penggunaan bahasa Inggeris yang jarang didengari membuatkan penulis terkebil² untuk memikirkan maksudnya. Justeru, kamus sangat memainkan peranan penting ketika ini. Antara kamus yang penulis gemari ialah kamus di dalam talian.


Ia lebih menjimatkan masa penulis. Paling penting, jika ditaip satu perkataan yang hendak dicari, kamus ini juga turut memaparkan perkataan lain yang ada hubungkait dengan perkataan asal yang dicari. Perkataan asal tersebut akan ditulis dengan warna merah. Secara tidak langsung, ilmu akan bertambah. Buat masa ini, ia menumpukan pada terjemahan dari English ke Bahasa Melayu dan Bahasa Melayu ke English . Kalau anda memerlukan kamus juga, jangan lupa untuk mencuba MyKamus.

Semak Kelajuan Blog


Pernah atau tidak anda menyemak kelajuan blog milik anda sewaktu ianya hendak dipaparkan. Ada masanya kita merasakan blog kita sudah dibuka dengan pantas tetapi adakah tekaan itu benar?? Untuk memastikan kesahihannya, kita perlu menyerahkan tugas tersebut kepada yang pakar.


Justeru, anda boleh menyemak kepantasan blog anda di Iwebtool. Anda boleh memasukkan sebanyak 10 pautan di dalam satu masa dan tekan butang Check.

Masalah Genuine Windows Xp Dan Penyelesaian

Ramai di antara kita menginstall window xp cetak rompak(pirate).Ia berlaku kerana kemungkinan kita tidak offkan automatik update pada komputer atau pun kita sendiri update window xp,jadi terjadilah masalah tersebut.Bagaimana ingin membuang Mesej error ini?saya akan tunjukkan langkah demi langkah.

Langkah pertama anda perlu masuk ke system32.

Pergi Start--> run-->taip system32

Kemudian show semua fail sistem yang tersembunyi caranya ialah pada bar folder system32 tu,pergi ke :

Tools --> Folder Options-->View-->untick "Hide extensions for known file types".

kemudian klik Yes.

Kemudian cari file wgalogon.dll . Apa yang anda perlu lakukan sekarang ialah apabila menjumpai file tersebut ubah nama nya kepada wgalogon.dll.bak.
baiklah tinggalkan fail wgalogon.dll.bak tersebut.

Sekarang di folder sistem32 buat satu fail menggunakan notepad.
biarkan notepad tersebut kosong.kemudian ubahkan namanya kepada nama Wgalogon.dll(seperti nama fail yang kita ubah kepada wgalogon.dll.bak tadi).

Baiklah langkah terakhir tersebut adalah pantas anda perlu melakukannya dengan pantas.limit dalam 1-2 saat untuk melakukan dua langkah terakhir ini.

Cari fail wgatray.exe di folder system32 tadi.Dan di task Manager.klik pada tab processes dan cari fail wgatray.exe.


Langkah pantas yang anda perlu lakukan ialah delete fail wgatray.exe ini dengan pantas lebih kurang dalam 2 saat! jika tidak anda tidak dapat delete fail wgatray.exe ini.
buka task manager ( ctrl + alt + del ) dan folder system32 ini. delete wgatray.exe pada folder sistem32 dahulu dengan pantas klik pada wgatray.exe di Task manager tadi dan matikan proses wgatray.exe ini.


Caranya klik pada wgatray.exe tersebut dan klik butang "End Process".Ingat lakukan dua perkara ini dengan pantas! Saya harap anda akan memahami apa yang saya terangkan tadi..

Kalendar DAN LAIN2 WIDGET

Satu lagi widget kalendar yang penulis kira menarik untuk dikongsi bersama para pembaca dan bloggers yang lain. Kalendar ini amat ringkas dan sesuai untuk anda yang gemarkan sesuatu yang bersahaja. Anda boleh mengubah tema, warna teks malah boleh meletakkan gambar latar belakang mengikut citarasa anda sendiri.


Jika anda berhasrat untuk menggunapakai kalendar ini, anda boleh mendapatkannya di Yourminis. Selamat mencuba.

Perbezaan diantara WiFi G, B dan N

Terdapat 3 jenis kemudahan WiFi yang boleh dipilih semasa pembelian AP (Access Point).

Keseluruhan kemudahan WiFi menggunakan spektrum frekunsi yang tidak memerlukan lesen 2.4 GHz. Terdapat beberapa jenis AP yang memberikan pengguna kelajuan yang berbeza-beza.

AP diklasifikasikan mengikut kelajuan dan teknologi yang digunakan. WiFi adalah dibawah standard IEEE 802.11. Terdapat 3 jenis spesifikasi didalam kemudahan WiFi.

802.11b, 802.11g dan 802.11n

Perbezaannya adalah dari segi kelajuan.

WiFi B - Kelajuannya adalah 11 Mbps, WiFi G pula adalah 54 Mbps dan WiFi N boleh mencecah 600 Mbps.



200907210816.jpg


Selain daripada lebih laju, WiFi N juga menggunakan teknologi yang dinamakan MIMO (Multiple Input Multiple Output)


200907210820.jpg

Contoh WiFi N MIMO



Teknologi MIMO membolehkan isyarat yang terpantul digunakan semula bagi melancarkan akses. Kebanyakaan AP kini telah menggunakan kemudahan WiFi N. Kesemua AP daripada Apple menggunakan teknologi WiFi N.


200907210830.jpg

Mengimbas Dokumen menggunakan Kamera Digital dan menukarkannya kepada format pdf

200901080754.jpg
Kini terdapat kemudahan yang membolehkan pengguna menukarkan imej yang diambil oleh kamera digital atau telefon bimbit kepada dokumen didalam bentuk pdf.

Alamat laman webnya adalah http://www.snapter.atiz.com

Kemudahan storan di Internet

200901200744.jpg


Banyak perubahan telah berlaku didalam teknologi storan sejak ianya mula diperkenalkan. Komputer yang mulanya menggunakan storan didalam bentuk disket kemudian berpindah kedalam bentuk Hard Disk. Setelah itu CD diperkenalkan dan diikuti oleh DVD dan USB pula.

Kini kebanyakaan kemudahan tidak lagi mempunyai Hard Disk atau CD, maklumat disimpan didalam bentuk Flash memori seperti kamera digital dan storan USB.

Kini dengan wujudnya kemudahan Internet yang sentiasa aktif dan pantas seperti WiFi atau 3G, konsep kemudahan storan telah juga berubah. Internet kini telah menjadi satu pilihan tempat simpanan fail secara online.

Kelebihan yang terdapat pada kemudahan storan secara online adalah ianya sentiasa boleh diakses dimana sahaja.

Kemudahan storan secara online juga telah berkembang sejak ianya mula diperkenalkan. Kemudahan storan secara online sebelum ini merupakan kemudahan simpanan atau backup, bukan kemudahan simpanan fail yang boleh diakses secara terus. Untuk fail yang disimpan boleh digunakan kembali, ianya perlu terlebih dahulu disalin ke storan peralatan terlebih dahulu. Konsep ini tidak begitu menarik kerana fail yang telah dikemaskini perlu dimuat-naik semula sentiasa, jika tidak maklumat yang terdapat dialam storan online adalah tidak sama dengan fail didalam storan didalam peralatan.

Kini terdapat kemudahan storan di Internet yang boleh digunakan untuk mengakses fail secara terus, ianya dinamakan

www.zumodrive.com

Desktop Blogging

Blog merupakan konsep perkongsian maklumat terkini yang paling popular dikalangan penyumbang maklumat di Internet. Blog boleh dikemaskini secara langsung melalui laman web yang diberikan oleh pembekal kemudahan tersebut.

Terdapat pelbagai kemudahan blog yang boleh diperolehi secara percuma seperti blogger.com, typepad.com, wordpress dan pelbagai lagi. Kebanyakaan kemudahan blog memerlukan sambungan Internet apabila kandungan hendak ditaip. Kini terdapat kemudahan yang membolehkan kandungan blog ditaip didalam perisian tanpa memerlukan sambungan ke Internet.

Konsep menaip kandungan didalam perisian ini dinamakan Desktop Blogging. Seperti juga kemudahan laman blog, kemudahan desktop blogging ini juga kebanyakaan boleh diperolehi secara percuma.

Diantara kelebihan konsep desktop blogging ini adalah:

1. Kandungan boleh ditaip tanpa memerlukan sambungan Internet (Internet masih diperlukan untuk mengemaskinikan kandungan di laman blog)

2. Imej boleh ditambahkan kepada kandungan dengan menggunakan kaedah Copy dan Paste. Imej juga boleh diletakan di laman web penyimpanan imej berlainan seperti flickr dan picasa.

3. Satu posting boleh mengemaskinikan beberpa laman blog serentak.

4. Boleh mengakses beberapa laman blog serentak walaupun menggunakan Username yang berlainan.

5. Boleh menyimpan kandungan laman blog yang telah dikemaskini didalam komputer.

Diantara perisian Desktop Blogging yang popular adalah seperti:

Windows LiveWriter (http://download.live.com/writer)


200902030744.jpg



Zoundry Raven (www.zoundry.com)




200902030748.jpg



Scribefire ( www.scribefire.com )



200902030751.jpg



ECTO (http://infinite-sushi.com/software/ecto/)



200902030752.jpg

Menghantar Fax melalui Internet .

200905270728.jpg

Walaupun pengunaan email telah menjadi semangkin meluas, namun kemudahan penghantaran maklumat melalui Fax masih menjadi pilihan organisasi dan syarikat.

Kini anda telah boleh menghantar email melaui internet tanpa perlu mempunyai talian telefon. Kemudahan penghantaran fax boleh diperolehi di www.myfax.com Dengan kemudahan ini pengguna boleh menghantar Fax kepada negara yang tersenarai secara online. Terdapat juga kemudahan penghantaran percubaan secara percuma diberikan di laman web tersebut.

Pengguna juga berpeluang untuk mendapatkan no sendiri dan fax yang dihantar akan dipaparkan didalam bentuk PDF.

200905270728.jpg


200905270729.jpg




200905270729.jpg


200905270730.jpg


200905270731.jpg


200905270731.jpg


200905270743.jpg





Tips Mobile:

Kebanyakaan telefon bimbit tidak memapaparkan kandungan no telefon yang terdapat didalam SIM, untuk memapaparkan kandungan pilih arahan SIM phone book. No telefon dan nama akan dipaparkan. Pindahkan no yang terapat didalam SIM ke memori telefon anda.
 

Copyright 2009 All Right Reserved. Crafted by ADIQDIA