Kemudahan WAP didalam telefon bimbit

Wireless Application Protocol atau WAP merupakan kemudahan yang membolehkan pengguna mengakses Internet melalui telefon bimbit. Kemudahan WAP adalah berbeza dengan kemudahan WEB. Kemudahan WAP hanya boleh mengakses laman-laman yang diwujudkan untuk pelayar WAP sahaja.

Apakah perbezaan laman WAP jika dibandingkan dengan laman WEB. Untuk permulaan, ianya berbeza dari segi sebutan WEB didalam Laman WEB disebut "WAB". WAP didalam laman WAP pula disebut "WOB".

Perbezaan yang kedua pula adalah dengan saiz paparan yang diwujudkan. Saiz laman WAP adalah kecil, 80% lebih kecil dari laman WEB. Ini adalah kerana ianya diakses oleh telefon bimbit yang mempunyai skrin yang lebih kecil.

Laman WAP juga mempunyai maklumat paparan yang lebih ringkas dibandingkan dengan laman web. Ianya diringkas kerana sambungan untuk ke Internet melalui telefon bimbit adalah lebih perlahan dibandingkan dengan sambungan ke Internet melalui komputer. Jadi maklumat yang tidak penting seperti imej, animasi dan sebagainya telah dikurangkan daripada laman WAP.

Maklumat didalam laman WAP adalah lebih ringkas berbanding dengan laman WEB kerana untuk mengurangkan caj sambungan ke Internet. Ini adalah kerana sambungan ke Internet menggunakan telefon bimbit adalaah dicaj mengikut saiz yang dimuat-turun tidak mengikut masa.
 

Copyright 2009 All Right Reserved. Crafted by ADIQDIA