Konsep Wiki ini adalah amat popular didalam dunia Internet masa kini, setakat ini terdapat banyak laman web yang menggunakan kemudahan Wiki ini untuk mewujudkan ensaiklopedia, buku rujukan, maklumat bantuan mengenai sesuatu perisian, maklumat yang memerlukan bantuan orang ramai untuk dibangunkan dan banyak lagi.
Senarai ini boleh di akses di http://www.mediawiki.org/wiki/Sites_using_MediaWiki/en
Satu daripada kemudahan Wiki yang popular adalah Wikipedia. Ianya boleh diakses di www.wikipedia.org. Wikipedia merupakan ensaiklopedia yang boleh disunting oleh pengunjung secara terus.
Sumbangan tidak terhad kepada Bahasa Inggeris sahaja, semua bahasa didalam dunia boleh digunakan. Untuk mengakses ensaiklopedia Wikipedia berbahasa Melayu sila lawati http://ms.wikipedia.org.
