Kemudahan langganan laman web melalui feedreader

200804091225.jpg







Feedreader di www.feedreader.com merupakan perisian yang membolehkan pengguna melanggan laman blog dan laman web yang mempunyai kemudahan RSS (Really Simple Syndication)

Setelah Feedreader dimuat-turunkan anda hanya perlu memasukkan alamat laman web yang hendak dilanggan didalam ruang yang disediakan. Perisian Feedreader akan menyemak kandungan yang terdapat didalam sesebuah laman blog tersebut pada setiap 30 minit. Jika terdapat maklumat terkini yang telah dikemaskinikan oleh laman blog tersebut ianya akan dimuat-turun secara automatik kedalam perisian Feedreader untuk dibaca oleh pengguna.

Dengan pengunaan perisian langganan laman web ini pengguna tidak lagi perlu mengunjungi laman web tersebut untuk mengetahui samaada terdapat maklumat terkini atau tidak didalam laman web tersebut dan pengguna juga boleh membaca laman-laman web yang dilanggan walaupun tidak ada sambungan internet. (bergantung kepada setting didalam laman web tersebut)

Jika laman web yang dilanggan tidak boleh dilanggan secara automatik dengan menggunakan alamat laman web tersebut, anda perlulah mencari maklumat langganan melalui kemudahan ikon RSS yang terdapat didalam laman web tersebut.

Contoh ikon RSS :



200804091235.jpg





Apa yang perlu dilakukan adalah tekan diatas ikon XML, klik disebelah kanan dan salin alamat yang terdapat didalam ikon tersebut, kemudian pastekan alamat tersebut didalam perisian Feedreader untuk memulakan langganan. Alamat yang anda langgan kemungkinan kelihatan seperti ini - http://www.news.com/2547-1_3-0-20.xml?tag=pre_ft



200804091253.jpg

 

Copyright 2009 All Right Reserved. Crafted by ADIQDIA