Merakam laman web melalui www.iterasi.net

Laman web merupakan media yang sentiasa berubah kandungannya, tidak seperti media cetak yang kandungannya akan dipegunkan selepas ianya dicetak. Jika sesebuah laman web hendak disimpan sebagai rujukan pengguna bolehlah menggunakan kemudahan penyimpanan fail melalui arahan Save Page As .... dan kemudian memilih Format sebagai Webpage Complete. Arahan ini akan menyimpan laman web tersebut didalam bentuk digital berserta dengan imej yang terdapat didalam laman web tersebut.


Kini terdapat kemudahan yang membolehkan pengguna merakamkan kandungan mukasurat laman web sama seperti kaedah Save Page As.. tetapi ianya lebih efisyen kerana laman web yang dirakamkan akan disimpan secara On-Line.

Kemudahan ini boleh diperolehi di www.iterasi.net. Apa yang perlu dilakukan adalah dengan mendaftar secara percuma di laman web ini. Langkah seterusnya adalah memuat-turunkan perisian tambahan kepada browser samaada Firefox atau I.e.

Setelah Ads-On ditambah ikon baru akan muncul sebagai Task-Bar di atas laman web yang sedang dipaparkan.


200805120757.jpg




ntuk menyimpan laman web yang sedang dipaparkan pengguna hanya perlu menekan ikon N yang secara automatik akan menyimpan laman web yang dipaparkan didalam bentuk HTML secara on-line.


200805120759.jpg

 

Copyright 2009 All Right Reserved. Crafted by ADIQDIA