Kemudahan mewujudkan portal persendirian www.netvibes.com

Web portal atau gerbang web merupakan konsep dimana pelbagai maklumat boleh diakses didalam satu tempat didalam satu laman web.

Dahulu portal diwujudkan oleh syarikat pembekal kemudahan seperti Yahoo, Google dan sebagainya. Kini kebanyakaan pengguna telah mula ingin mewujudkan portal mereka sendiri.

Ini adalah kerana kehendak setiap pengguna mengenai maklumat yang mereka inginkan berbeza-beza diantara satu sama lain.

Kini terdapat kemudahan yang memberikan peluang kepada pengguna untuk melanggan pelbagai maklumat yang akan dipaparkan didalam portal persendirian mereka.

Alamat laman web dimana kemudahan portal persendirian ini boleh diwujudkan adalah di www.netvibes.com . Netvibes memberikan kemudahan kepada pengguna untuk menambah maklumat dari pelbagai sumbar mengikut keperluan individu.

Netvibes memberikan peluang kepada pengguna untuk mewujudkan kemudahan Portal dengan cara yang paling mudah. Setiba sahaja di laman web netvibes, secara automatik portal persendirian pengguna telah tersedia. Maklumat seperti cuaca, langganan berita dari Google juga akan dipaparkan.

Unuk menambah maklumat pengguna hanya perlu memilih arahan add content disebelah kiri atas laman web netvibes, kemudian memilih add a feed, dan masukkan alamat laman web yang diinginkan.

Untuk menyimpan maklumat yang telah ditambah, pengguna dinasihatkan supaya mendaftar dengan memasukkan alamat email dan kata laluan.

Netvibes juga boleh digunakan untuk memantau maklumat terkini yang terdapat didalam sesebuat laman web dengan cara lebih mudah.

Maklumat yang telah dilanggan boleh juga disusun dengan mudah melalui kaedah drag and drop.

Netvibes juga menyadiakan kemudahan perisian sampingan yang dipanggil Widget turut disediakan. Terdapat lebih 100 ribu widget yang boleh melakukan pelbagai tugasan turut di sediakan.
 

Copyright 2009 All Right Reserved. Crafted by ADIQDIA