Mengawal senarai perisian semasa proses start-up

Setiap kali sesuatu perisian didalam katogeri Perisian Utiliti dipasang di komputer, kemungkinan besar ianya akan disetkan untuk dimulakan secara automatik apabila komputer dimulakan. Walaupun kemudahan memulakan perisian secara automatik ini memudahkan pengguna, namun ianya akan memanjangkan masa untuk komputer dimulakan. Lebih-lebih lagi jika perisian tersebut tidak lagi diperlukan.

Kebanyakaan perisian yang dimulakan secara automatik ini boleh dilihat didalam kawasan System Tray, disebalah kanan bawah Task Bar . Jika banyak perisian yang telah dimulakan maka akan panjanglah senarai ikon didalam System Tray sesebuah komputer itu.

Sebenarnya terdapat kemudahan dimana kita boleh mengawal perisian-perisian yang muncul didalam senarai System-Tray daripada dimulakan secara automatik semasa komputer dimulakan. Untuk mengakses kemudahan pengawalan perisian yang muncul didalam System Tray, ikuti langkah berikut:

1. Pilih Menu Start > Run > Taip: MSCONFIG

2. Pilih Tab > Startup
3. Klik diatas perisian yang kita tidak ingin dimulakan secara automatik apabila komputer dimulakan. Tekan OK setelah selesai.
4. Untuk pilihan terkini diaktifkan, komputer anda perlu dimulakan sekali lagi. Tekan restart.
5. Mesej peringatan akan dipaparkan setiap kali anda memulakan komputer anda setelah senarai diubah.
6. Jika anda ingin mengubah senarai perisian semula, ualngi langkah seperti diatas.

Setelah anda memendekkan senarai perisian yang akan dimulakan apabila komputer dihidupkan, anda akan dapati komputer anda akan boleh digunakan semula dengan lebih cepat berbanding dari sebelum ini, ianya juga akan mengurangkan pengunaan memori, seterusnya akan membolehkan komputer anda beroperasi dengan lebih efisyien.
 

Copyright 2009 All Right Reserved. Crafted by ADIQDIA