IM (Instant Messenger) di telefon bimbit

200805130751.jpg

Selain daripda email dan laman web, satu lagi kemudahan yang popular dikalangan pengguna Internet adalah Instant Messanger. Terdapat beberapa Instant Messenger yang boleh digunakan. Diantaranya adalah Yahoo, Windows Messenger, Google Talk, Skype dan Jabber. Selain daripada berkomunkasi melalui Instant Messenger secara langsung. Kini juga terdapat kemudahan seperti Instant Messenger tetapi mesej akan dipaparkan dilaman web seperti MySpace dan juga Facebook.

Jika sebelum ini Instant Messenger hanya boleh diakses melalui komputer kini, oleh kerana telefon bimbit juga telah mempunyai kemudahan Internet, IM telah boleh diakses melalui telefon bimbit.

Memasang perisian IM di komputer tidak menimbulkan masaalah, tetapi apabila memasang IM di telefon bimbit kesulitan akan bermula. Diantara masaalah yang mungkin dihadapi adalah:

1. Kemudahan tidak disokong di telefon bimbit

2. Kekurangan memori untuk memasang semua perisian

3. Sukar untuk berkomunikasi kerana terlampau banyak perisian yang perlu digunakan serentak.

Kini terdapat kemudahan yang boleh dipasang di telefon bimbit untuk membolehkan pengguna mengatasi masalah yang disenaraikan. Kemudahan tersebut adalah Nimbuzz, boleh diakses di www.nimbuzz.com. Untuk memuat-turunkan perisian ini ke telefon bimbit, pengguna boleh menghantar SMS,

KNL NIMBUZZ ke DAPAT|32728.

200805130737.jpg

 

Copyright 2009 All Right Reserved. Crafted by ADIQDIA