Pengawalan kemudahan perayauan

Telefon bimbit merupakan peralatan yang penting untuk tujuan berkomunikasi. Telefon bimbit bukan sahaja kini boleh digunakan didalam negara, kini ianya boleh digunakan dimana-sahaja asalkan negara tersebut menggunakan teknologi yang sama iaitu teknologi GSM.

Kemudahan yang membolehkan telefon bimbit yang sama dengan nombor yang sama digunakan dinegara lain dinamakan kemudahan perayauan.

Bagi pengguna yang menggunakan kemudahan Pra-bayar atau prepaid. Kemudahan perayauan telah diaktifkan secara automatik. Untuk pelanggan Pasca-bayar atau Post-paid pula, mereka perlu mengaktifkannya dengan mengunjungi syarikat. Pembekal.

Perlu diingatkan apabila pengguna berada diluar negara dan telah mengaktifkan perayauan, setiap panggilan yang diterima akan dibayar oleh pengguna yang menerima panggilan. Ini berbeza dengan panggilan biasa dimana pemanggil yang akan dikenakan bayaran, bukannya pemanggil.

Namun begitu adakalanya pengguna secara tidak sengaja ditukarkan kedalam mode perayauan walaupun masih berada di Malaysia. Ini mungkin terjadi jika mereka berada berdekatan dengan negara jiran.

Untuk menghalang ini dari berlaku, pengguna bolehlah mengarahkan supaya pencarian network dilakukan secara manual.

Arahan untuk itu boleh dilakukan didalam arahan Settings di menu Network.
 

Copyright 2009 All Right Reserved. Crafted by ADIQDIA