Memantau laman web secara automatik melalui updatescanner

Proses pemantauan laman web secara manual semestinya akan mengambil masa yang panjang. Untuk kebanyakaan laman web atau blog proses pemantauan ini boleh dipermudahkan dengan menggunakan kemudahan RSS. RSS merupakan kemudahan langganan laman web yang boleh dilakukan secara automatik. Dengan kemudahan RSS, pengguna hanya perlu meletakkan alamat laman web yang hendak dipantau didalam perisian pembaca RSS. Diantara perisian yang boleh membaca RSS adalah seperti Feedreader atau netvibes.

Bagaimana pula laman web yang dibangunkan sendiri yang tidak mempunyai kemudahan RSS? Anda tidak perlu bimbang kerana terdapat perisian yang juga membolehkan anda memantau sesebuah laman web walaupun ianya tidak mempunyai kemudahan RSS.

Perisian ini menggunakan kaedah bacaan kod html dengan membuat perbandingan setiap 30 minit. Jika terdapat perbezaan diantara kod yang terdahulu maka ini menunjukkan laman web tersebut telah dikemaskinikan.

Kemudahan ini dinamakan updatescanner https://addons.mozilla.org/firefox/addon/3362 ianya merupakan perisian yang dikatogerikan sebagai Add-Ons untuk Firefox.

1.Setelah anda memuat-turun dan memasang perisian ini, anak panah akan muncul disebelah kanan bawah perisian firefox


200804280758.jpg



2.. Untuk memantau sesebuah laman web, klik butang kanan tetikus.

200804280759.jpg

3. Setkan berapa kerap proses pemantauan perlu dilakukan.



200804280759.jpg

4. Apabila terdapat perubahan kepada laman web yang dipantau, ikon Update Scanner akan muncul di sebelah kanan skrin.

200804280806.jpg

5. Apabila laman web yang dipantau dikunjungi, maklumat yang baru dikemaskinikan akan diwarnakan dengan warna kuning.

200804280806.jpg

 

Copyright 2009 All Right Reserved. Crafted by ADIQDIA