Perkongsian maklumat status tugasan secara online



Yammer merupakan kemudahan untuk perkerja didalam sesuatu organisasi mengetahui apa yang sedang dilakukan oleh pekerja lain secara online.

Apabila terdapat sesuatu projek yang memerlukan penglibatan oleh beberapa pekerja didalam sesuatu masa, status tugasan yang telah mereka lakukan perlu dikongsikan oleh semua pada setiap masa.

Perkongsian melalui email atau Instant Messenger tidak begitu sesuai untuk digunakan bagi mengemaskinikan status secara langsung dan berterusan.

Kini terdapat kemudahan yang membolehkan pengguna berkongsikan status tugasan melalui laman web. Alamat laman webnya adalah www.yammer.com.

Kemudahan ini adalah sama seperti kemudahan yang diberikan oleh twitter.com. Perbezaannya adalah twitter memberikan kemudahan perkongsian untuk sesiapa sahaja, tetapi yammer hanya membenarkan perkongsian untuk individu sesebuah organisasi yang mempunyai alamat email yang sama sahaja.

Pendaftran kepada kemudahan ini adalah percuma, ia hanya memerlukan alamat email syarikat sahaja. Semua pendaftaran yang menggunakan alamat email organisasi yang sama akan dikumpulkan kedalam sebuah kumpulan yang sama, ini dapat memudahkan proses pendaftaran untuk sesuatu organisasi.

Dengan adanya kemudahan ini, kakitangan tidak lagi perlu menghubungi semua kakitangan secara berterusan untuk mengetahui tentang status tugasan yang telah diberikan.
 

Copyright 2009 All Right Reserved. Crafted by ADIQDIA