Kad memori SDHC - Secure Digital High Capicity

Kad SD merupakan kad yang popular yang banyak digunakan untuk peralatan elektronik masakini.



200811200812.jpg





Kad SD yang telah diperkenalkan sejak tahun 2006 kini telah mengalami satu perubahan format yang penting. Format yang terkini adalah format SDHC


200811200811.jpg

Format SDHC merupakan format yang telah dihasilkan untuk menyokong kapisiti lebih dari 4GB.

SDHC adalah dari perkataan Secure Digital High apacity. SD card yang ini adalah dari katogeri Ultra dimana kelajuan bacaan dan penulisan adalah lebih laju berbanding dengan kad SD yang biasa.

Harga SDHC yang biasa lebih kurang RM75 jadi tambah RM25 dapat yang lebih laju, tak rugi untuk kegunaan jangka panjang.


DSC_0016.JPG



Kenapa beli SDHC? SDHC merupakan format terkini untuk menyokong kad yang lebih besar dari 2GB. Walaupun begitu terdapat kad yang bukan SDHC juga. Apabila anda memilih untuk menggunakan kad SDHC terdapat beberapa perkara yang perlu anda ketahui:

1. Kad SDHC hanya boleh digunakan pada peralatan yang boleh menyokong format SDHC sahaja.

Jadi pastikan peralatan yang akan menggunakan kad SDHC yang baru dibeli boleh menyokong format SDHC. Biasanya kedai tidak akan membenarkan anda mencuba terlebih dahulu jadi, semak dengan pengeluar kad dan juga pengeluar peralatan yang kedua-duanya adalah serasi.

2. Kad reader perluah juga menyokong SDHC.

Walaupun saiz SDHC adalah sama dengan kad SD namun ianya tidak serasi. Kad reader perlulah juga mempunyai tanda SDHC untuk ianya beroperasi dengan sempurna.



DSC_0013.JPG







Kad pembaca SDHC berbeza dengan format SD kerana, SDHC dibaca berasaskan sektor dan SD dibaca berasaskan byte. Kad SD boleh dibaca di peralatan SDHC dan tidak sebaliknya.

Kelajuan kad SD/HC

Rating Speed (MB/s)

6x 0.9

32x 4.8

40x 6.0

66x 10.0

100x 15.0

133x 20.0

150x 22.5

200x 30.0

Terdapat beberapa jenis kad SD yang boleh dipilih.



200811200758.jpg




200811200811.jpg


 

Copyright 2009 All Right Reserved. Crafted by ADIQDIA