Kemudahan storan di Internet

200901200744.jpg


Banyak perubahan telah berlaku didalam teknologi storan sejak ianya mula diperkenalkan. Komputer yang mulanya menggunakan storan didalam bentuk disket kemudian berpindah kedalam bentuk Hard Disk. Setelah itu CD diperkenalkan dan diikuti oleh DVD dan USB pula.

Kini kebanyakaan kemudahan tidak lagi mempunyai Hard Disk atau CD, maklumat disimpan didalam bentuk Flash memori seperti kamera digital dan storan USB.

Kini dengan wujudnya kemudahan Internet yang sentiasa aktif dan pantas seperti WiFi atau 3G, konsep kemudahan storan telah juga berubah. Internet kini telah menjadi satu pilihan tempat simpanan fail secara online.

Kelebihan yang terdapat pada kemudahan storan secara online adalah ianya sentiasa boleh diakses dimana sahaja.

Kemudahan storan secara online juga telah berkembang sejak ianya mula diperkenalkan. Kemudahan storan secara online sebelum ini merupakan kemudahan simpanan atau backup, bukan kemudahan simpanan fail yang boleh diakses secara terus. Untuk fail yang disimpan boleh digunakan kembali, ianya perlu terlebih dahulu disalin ke storan peralatan terlebih dahulu. Konsep ini tidak begitu menarik kerana fail yang telah dikemaskini perlu dimuat-naik semula sentiasa, jika tidak maklumat yang terdapat dialam storan online adalah tidak sama dengan fail didalam storan didalam peralatan.

Kini terdapat kemudahan storan di Internet yang boleh digunakan untuk mengakses fail secara terus, ianya dinamakan

www.zumodrive.com
 

Copyright 2009 All Right Reserved. Crafted by ADIQDIA