BAGAIMANA RSS BERFUNGSI

Topik pagi ini adalah berkenaan dengan RSS, RSS adalah dari singkatan Really Simple syndication. RSS diwujudkan untuk memudahakan kita memperolehi maklumat daripada sesebuah laman web tanpa kita perlu pergi ke laman web tersebut.

Teknologi RSS ini telah banyak digunakan di laman-laman web berita dan laman web yang mempunyai maklumat yang sentiasa dikemaskini. Jika kita ingin melihat contoh laman web yang menggunakan teknologi RSS ini kita bolehlah mengunjungi laman web www.news.com. Apabila kita lihat dibahagian bawah laman web itu ianya mempunyai ikon yang berwarna oren dengan huruf XML. Jika kita melihat laman web yang mempunyai ikon begitu maka ini menunjukkan yang laman web tersebut mempunyai maklumat yang boleh diberikan didalam bentuk RSS.

Apabila kita menyebut perkataan Syndication atau langanan didalam bidang penerbitan ianya bermaksud kita boleh menerima berita daripada punca yang kita inginkan secara berterusan. Sebagai contoh jika sesebuah akhbar melanggan maklumat daripada sesebuah syarikat maka akhbar tersebut akan menerima berita daripada syarikat tersebut secara berterusan.

Jika mereka melanggan katun maka katun tersebut akan dipaparkan diakhbar tersebut secara berterusan.

Berbalik semula kepada RSS tadi, walaupun kita boleh lihat ikon dan jika kita menekan diatas ikon XML tadi yang terdapat didalam laman web www.news.com. Tida maklumat yang boleh kita baca ini adalah kerana maklumat didalam ikon tersebut adalah bukan untuk kita baca disitu tetapi adalah digunakan untuk perisian membacanya.

Apa yang kita perlu lakukan adalah dengan menyalin alamat lokasi RSS tersebut dan masukkan kedalam perisian pembaca RSS atau RSS Reader. Terdapat banyak perisian pembaca RSS yang boleh kita gunakan adalah feed demon yang boleh diperolehi di http://www.bradsoft.com/feeddemon/.

Jika kita mempunyai perisian browser FireFox kita boleh mengakses RSS melalui fungsi yang terdapat didalam perisian tersebut yang dinamakan live bookmark, saya mungkin terpaksa membincangkan cara pengunaannya didalam segemn yang lain.
Tujuan saya memperkenalkan teknologi RSS ini adalah kerana dengan memahami pengunaan teknologi ini agensi-agensi boleh menerima maklumat dengan lebih cepat dan tepat, apabila terjadi sesuatu trajedi, meletakan maklumat di laman web sahaja tidak lagi mencukupi, kerana pengguna tidak diberitahu apabila maklumat dilaman web dikemaskini.
 

Copyright 2009 All Right Reserved. Crafted by ADIQDIA