Merekodkan paparan dengan arahan Alt + Print Screen

Satu cara untuk merekodkan paparan skrin adalah dengan menggunakan teknik menekan butang PrtSc dan kemudian menggunakan arahan Paste untuk mengluarkan paparan yang telah direkodkan.

Proses menekan butang PrtSc akan merekodkan keseluruhan skrin, dan jika kita mempunyai lebih dari satu skrin, kesemua skrin juga akan direkodkan didalam satu fail. Ini akan menyukarkan kita jika kita hanya berkehendakan hanya window yang tertentu sahaja dirakamkan.

Sebenarnya terdapat satu teknik yang membolehkan kita merakamkan hanya skrin yang terentu sahaja apabila butang PrtSc ditekan.

Untuk merekodkan hanya window yang tertentu sahaja, cuba tekan butang Alt dan jangan lepaskan, diikuti dengan butang PrtSc. Ini akan membuatkan Window yang aktif atau yang teratas sahaja akan dirakamkan.

Untuk memapaparkan apa yang telah dirakamkan gunakan arahan Paste.
 

Copyright 2009 All Right Reserved. Crafted by ADIQDIA