Melakukan proses De-Fragment menggunakan Defraggler

Apabila kita menggunakan Hard Disk yang baru kita dapat rasakan yang fail yang disimpan cepat sekali untuk dibuka, tetapi apabila Hard Disk tersebut telah lama digunakan ianya menjadi semakin perlahan.

Ini adalah disebabkan oleh fenomena yang dinamakan fragmentation.

Apabila sesebuah fail ditulis didalam Hard yang baru ianya akan ditulis secara berturutan. Apabila sesebuah Hard Disk telah lama digunakan fail yang ditulis tidak lagi didalam bentuk berturutan. Ia akan ditulis dimerata tempat dimana ada ruang kosong didalam Hard Disk tersebut..

Ini akan menyebabkan masa yang akan diambil untuk membuka sesuatu fail itu agak lama. Terdapat kemudahan dimana kita boleh menyusuan kembali fail yang berselerak didalam Hard Disk kita untuk ianya menjadi berturutan semula.

Perisian ini dinamakan defraggler, ianya boleh di muat-turun di www.defraggler.com



Contoh Hard Disk selepas melalui proses Defragmentation

Contoh Hard Disk sebelum melalui proses Defragmentation.


 

Copyright 2009 All Right Reserved. Crafted by ADIQDIA