Mengurangkan penerimaan SPAM

Perkataan SPAM adalah merujuk kepada penerimaan email tanpa diminta. Oleh kerana penghantaran email adalah percuma dan mudah maka ianya telah menjadi teknik pilihan untuk penjual barangan yang tidak bertanggung jawab menggunakan email sebagai satu cara untuk menghantar maklumat barangan kepada penerima.

Oleh kerana SPAM ini percuma kepada penghantar dan penerima, mungkin ianya tidak dianggap serius, tetapi sebenarnya SPAM, oleh kerana dihantar dengan begitu banyak ianya boleh mengangu sistem email disesebuah syarikat.

SPAM juga boleh mengurangkan produktiviti pekerja. Ini adalah kerana pekerja yang menerima banyak SPAM ini terpaksa memilih email yang betul diantara email-email yang diterima. Banyak masa yang terbuang hanya untuk memilih SPAM-SAPM yang diterima.

Selain daripada masa terbuang ada SPAM juga membawa bersama virus dan Spyware didalam email yang dihantar.

Apabila kita menerima SPAM cara yang paling mudah adalah dengan melaporkan SPAM tersebut kepada pembekal kemudahan email itu, secara automatik email yang sama akan turut dipadam dan dihalang dari dihantar ke email penerima lain yang menggunakan email yang sama.

Bagaimanakah agaknya penghantar SPAM ini mendapatkan alamat email kita? Ada terdapat banyak cara alamat email kita boleh diperolehi. Satu daripada caranya adalah dengan membeli alamat email kita daripada syarikat yang menjual alamat-alamat email.

Alamat email kita juga boleh diperolehi dari laman web, dimana kita mungkin ada meletakan alamat email kita disana. Untuk mengurangkan SPAM yang mengumpulkan alamat email kita melalui laman web, kita boleh juga menukarkan alamat email kita kepada perkataan, sebagai contoh jika alamat email kita adalah adiqdia@yahoo.com kita tukar kepada adiqdia(at)yahoo(dot)com.

Teknik ini akan membuatkan alamat email kita tidak akan dipungut oleh perisian yang mengumpulkan alamat email melalui laman web oleh kerana formatnya bukan format email, tetapi ianya masih boleh difahami oleh pengguna lain yang ingin menghantar email kepada kita.
 

Copyright 2009 All Right Reserved. Crafted by ADIQDIA