Menonton rakaman video yang diambil dari Kamera Digital di TV

Kamera digital bukan sahaja telah boleh mengambil gambar pegun malah kebanyakaanya telah boleh mengambil gambar video. Walaupun sesetengah Kamera Digital boleh disambungkan terus ke TV namun tontonan akan menjadi lebih mudah jika video yang diambil boleh ditonton melalui TV menggunakan VCD atau DVD. Gambar Video yang diambil oleh sesebuah kamera digital sebenarnya boleh ditonton di TV menggunakan pemain VCD atau DVD yang sesuai. Untuk memainkan semula video yang diambil menggunakan kamera digital di TV menggunakan alat pemain DVD, alat pemain perlu menyokong format yang digunakan didalam proses rakaman video tersebutt. Terdapat beberapa format yang digunakan oleh kamera digital untuk merakamkan video. Diantara format yang popular adalah AVI, MOV dan MPEG4.

Alat pemain DVD kita juga perlulah menyokong format yang sama dengan kamera digital untuk video tersebut ditonton di TV. Format yang popular untuk penyimpanan video yang diambil menggunakan Kamera Digital adalah format MPEG4. Format ini juga popular dan banyak digunakan untuk merakamkan video yang diambil menggunakan telefon bimbit. Format MPEG4 menjadi pilihan kerana saiz fail yang diambil adalah lebih kecil dibandingkan dengan format-format yang lain. Jika kamera kita menggunakan format MPEG4 maka alat pemain DVD yang hendak digunakan perlulah juga menyokong format MPEG4. Keserasian format ini penting untuk memastikan video yang diambil dapat ditonton dan disimpan didalam format yang asal. Dengan menyimpan video didalam format yang asal, kualiti gambar dapat dikekalkan dan masa juga dapat dijimatkan kerana pengguna tidak lagi perlu untuk menukarkan format asal kepada format yang lain.
 

Copyright 2009 All Right Reserved. Crafted by ADIQDIA