Penemuan ‘Software’ bagi menghalang penyalahgunaan internet


Klik Gambar di atas untuk download >>

Kebimbangan para ibu bapa memang berasas terhadap kandungan Internet. Dalam masa yang sama, para majikan juga turut merasa bahawa kadang-kadang para pekerja menghabiskan banyak masa melunsuri World Wide Web (WWW) daripada melakukan kerja-kerja sebenar. Kebimbangan tersebut diasaskan kepada pelunsuran terhadap laman-laman yang tidak berfaedah dan boleh merosakkan moral.


Para ibu bapa dan majikan merasa keliru dengan polisi tiada sekatan yang dikenakan terhadap Internet oleh pihak kerajaan. Padahal dalam masa yang sama ramai ahli-ahli sosial menggesa supaya capaian kepada dunia siber ini dikawal. Walaupun nilai budaya dan ketahanan diri merupakan senjata paling ampuh dalam menangani keburukan yang dibawa oleh Internet, terdapat juga kaedah secara terkini dalam menapis laman-laman web yang tidak bersesuaian dengan agama dan nilai budaya kita.

Golongan remaja adalah antara mangsa yang menjadi sasaran kepada gejala ini. Kehadiaran laman laman yang lucah dan tidak bersesuaian dengan nilai budaya masyarakat Malaysia ibarat mengantuk disorong bantal dan remaja dengan kawalan yang longgar dari ibubapa telah didorong untuk meluncuri laman-laman ini. Kesudahannya remaja menjadi liar dan berani untuk melakukan aksi-aksi yang dipamerkan didalam laman web tersebut. Ini telah mencetus dan menjadikan gejala keruntuhan akhlak leih berleluasa. Remaja dalam dalam lingkungan umur belasan tahun sudah berani dan juka dilihat dari jenayah yang lakukan membariskan golongan remaja ini sebagai penjenayah. Kes-kes seperti rogol, rompak, peras ugut dan seks rambang adalah telah meningkat sejak akhir-akhir ini. Puncanya sudah tentulah dari didikan alam siber yang pastinya merasuk remaja untuk melakukan kegiatan sumbang itu.

Kajian menunjukkan terdapat sebanyak 4.2 juta laman web tersebut di Internet, iaitu 12 peratus daripada jumlah kesuluruhan laman web di Internet. Daripada isu penyebaran laman-laman lucah ini telah memungkinkan gejala ketagihan terhadap internet ini menjadi-jadi khasnya kedapa golongan remaja. Hal ini telah menyebabkan pembuangan masa yang tidak disedari berlaku. Ketagihan ini banyak memberi impak yang kurang sihat. Dan ketagihan ini boleh diklasifikasikan mengikut jenisnya.

Antaranya ketagihan seks-siber (Cybersexual) iaitu ketagihan untuk memasuki laman web dan berborak (chat) di lawan-laman web dewasa serta berunsur lucah.
Ketagihan ini juga ada hubungan dengan kehubungan-siber (Cyber-relationship) iaitu ketagihan untuk menghubungi kawan-kawan di internet sama ada melalui chat atau kumpulan perbincangan (newsgroup), termasuk juga hubungan dengan rakan-rakan yang istimewa.

Ketagihan dalam konteks Net Compulsions iaitu ketagihan yang menuntut minat dengan hal-hal yang bersangkutan dengan perjudian, lelongan serta perniagaan yang terdapat di internet. Ketagihan ketagihan ini banyak menyebabkan remaja bagaikan tidur bersama layar komputer. Bagi mereka internet adalah dunia yang paling karib. Segala tuntutan dunia sudah tentu menjadi perkara remeh yang tidak berfaedah. Lama kelamaan sikap malas akan timbul dan remaja khasnya akan menjadi lesu tanpa aktiviti sukan dan riadah. Hal ini memerlukan perhatian yang sepenuhnya dari ibubapa.

Download di sini

BAGAIMANA RSS BERFUNGSI

Topik pagi ini adalah berkenaan dengan RSS, RSS adalah dari singkatan Really Simple syndication. RSS diwujudkan untuk memudahakan kita memperolehi maklumat daripada sesebuah laman web tanpa kita perlu pergi ke laman web tersebut.

Teknologi RSS ini telah banyak digunakan di laman-laman web berita dan laman web yang mempunyai maklumat yang sentiasa dikemaskini. Jika kita ingin melihat contoh laman web yang menggunakan teknologi RSS ini kita bolehlah mengunjungi laman web www.news.com. Apabila kita lihat dibahagian bawah laman web itu ianya mempunyai ikon yang berwarna oren dengan huruf XML. Jika kita melihat laman web yang mempunyai ikon begitu maka ini menunjukkan yang laman web tersebut mempunyai maklumat yang boleh diberikan didalam bentuk RSS.

Apabila kita menyebut perkataan Syndication atau langanan didalam bidang penerbitan ianya bermaksud kita boleh menerima berita daripada punca yang kita inginkan secara berterusan. Sebagai contoh jika sesebuah akhbar melanggan maklumat daripada sesebuah syarikat maka akhbar tersebut akan menerima berita daripada syarikat tersebut secara berterusan.

Jika mereka melanggan katun maka katun tersebut akan dipaparkan diakhbar tersebut secara berterusan.

Berbalik semula kepada RSS tadi, walaupun kita boleh lihat ikon dan jika kita menekan diatas ikon XML tadi yang terdapat didalam laman web www.news.com. Tida maklumat yang boleh kita baca ini adalah kerana maklumat didalam ikon tersebut adalah bukan untuk kita baca disitu tetapi adalah digunakan untuk perisian membacanya.

Apa yang kita perlu lakukan adalah dengan menyalin alamat lokasi RSS tersebut dan masukkan kedalam perisian pembaca RSS atau RSS Reader. Terdapat banyak perisian pembaca RSS yang boleh kita gunakan adalah feed demon yang boleh diperolehi di http://www.bradsoft.com/feeddemon/.

Jika kita mempunyai perisian browser FireFox kita boleh mengakses RSS melalui fungsi yang terdapat didalam perisian tersebut yang dinamakan live bookmark, saya mungkin terpaksa membincangkan cara pengunaannya didalam segemn yang lain.
Tujuan saya memperkenalkan teknologi RSS ini adalah kerana dengan memahami pengunaan teknologi ini agensi-agensi boleh menerima maklumat dengan lebih cepat dan tepat, apabila terjadi sesuatu trajedi, meletakan maklumat di laman web sahaja tidak lagi mencukupi, kerana pengguna tidak diberitahu apabila maklumat dilaman web dikemaskini.

Blog Template



Anda pengguna blogspot?? Adakah anda sedang mencari template baru untuk blog anda?? Adakalanya penggunaan template yang sama untuk jangka masa yang lama membuatkan tuan punya blog bosan. Pengunjung blog anda juga mungkin suka jika blog anda berubah corak dan warna. Blog yang cantik dan berinfomasi akan menarik minat mereka untuk terus menjadi pembaca setia setiap karya anda.


Oleh itu, mari kita selongkar laman web B Templates yang menyediakan pelbagai jenis template untuk dimuatturun. Mungkin ada template yang sesuai untuk anda. Ada pelbagai pilihan dari satu kolum sehingga empat kolum serta gabungan tema dan warna yang menarik. Ayuh kita tukar template.

Avatar Percuma



Jika anda seorang yang aktif berforum di dalam portal² tertentu, tentu avatar menjadi keutamaan anda untuk digunapakai di profail anda. Ada sesetengah orang tidak pandai mencipta avatar sendiri, malah terpaksa meminta moderators atau rakan² lain membantu membuat avatar untuk mereka. Nah, kini anda boleh memilih pelbagai jenis avatar untuk dijadikan avatar rasmi anda.


Anda cuma perlu memilih avatar yang sesuai dengan citarasa anda. Kemudian, klik pada avatar tersebut dan anda boleh melakukan proses pengubahsuaian ke atasnya. Antaranya anda boleh meletakkan nick name anda, memilih tulisan berserta saiz dan warnanya. Selepas itu anda tekan butang Change the message dan muatnaik ke laman web untuk dipautkan. Mudah sajakan?? Cubalah sendiri di Avatar Generator.

Kecilkan Javascript




Kepantasan sesebuah blog / laman web untuk disiapkan (loading) bergantung kepada
skrip² yang ada di dalamnya. Jika skrip itu besar saiznya, maka
lambatlah ia. Antara skrip yang sering digunapakai ialah skrip .js. Untuk pengetahuan anda, penulis mempunyai cara mengecilkan skrip .js.


Anda boleh menjimatkan saiznya sehingga 80%. Jika anda banyak menggunakan
skrip berbentuk ini, penulis amat menyarankan agar anda menggunakan Bananascript untuk mengecilkannya.
 

Copyright 2009 All Right Reserved. Crafted by ADIQDIA