Penipuan melalui teknologi - pencurian identiti

Pada segmen yang lepas kita ada beberapa kali membincangkan mengenai penipuan melalui teknologi. Penipuan melalui teknologi adalah amat berleluasa sekarang, bermula dengan penipuan melalui SMS, penipuan melalui perbankan Internet dan yang terkini adalah penipuan melalui kombinasi perbankan Internet dan SMS.

Terdapat juga pelbagai penipuan yang tidak melibatkan maklumat kewangan secara langsung, tetapi ianya boleh menyebabkan pencurian identiti. Kecurian identiti ini boleh dilakukan dengan proses penyamaran dimana penghantar mengkehendaki pengguna memberitahu nama pengenalan dan kata laluan keatas kemudahan yang mereka langgani.

Apabila pencuri dapat mencuri identiti mangsanya, mereka boleh menggunakan kemudahan tersebut untuk membuat penyamaran di Internet. Diantara identiti yang sering menjadi sasaran pencuri identiti adalah katalaluan email terutamanya untuk alamat email yang diberikan oleh syarikat dan organisasi yang besar.

Bagaimana hendak mengetahui yang kandungan email yang diterima itu merupakan satu penipuan? Cara yang paling mudah adalah mengenai gaya bahasa yang diberikan, kebanyakan penipuan adalah didalam Bahasa Inggeris, jadi jika anda menerima email yang berbahasa Inggeris dari rakan yang jarang menghantar email menggunakan bahasa Inggeris ini menunjukkan kandungan tersebut tidak dihantar oleh rakan anda.

Penipuan juga boleh dilakukan melaui Instant Messenger dan juga Iklan sisi. Jika anda menerima sapaan melalui Instant messenger jangan dilayan, ataupun lebih parah, mula menghantar pertanyaan. Si penipu ini mempunyai banyak pengalaman untuk merayu mangsa supaya termakan akan pujuk rayu mereka.
 

Copyright 2009 All Right Reserved. Crafted by ADIQDIA